Padah maki bapa anggota Rela, lelaki dibelasah di Downtown Kajang


KAJANG, SELANGOR - Gara-gara bertindak biadab dan memaki hamun bapa seorang anggota Rela yang sedang bertugas, seorang lelaki dibelasah orang ramai, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam Khamis di Downtown Kajang berhampiran pasar raya Econsave itu, lelaki terbabit dikatakan cuba masuk ke jalan masuk yang telah ditutup oleh anggota Rela bagi mengelakkan kesesakan yang teruk di bahagian dalam.

Bagaimanapun, lelaki itu enggan mengendahkan larangan itu dan terus masuk.

Menurut sumber, lelaki terbabit juga menunjukkan lagak samsengnya dengan memarahi anggota Rela yang bertugas serta melemparkan caci maki terhadap bapa anggota berkenaan yang telah menimbulkan kemarahan adik anggota Rela itu.

Lelaki itu kemudian dibelasah orang ramai dan berdasarkan video, dia juga turut dipukul dengan helmet.

Kata sumber lagi, isteri kepada lelaki itu juga bersikap kurang ajar, sedangkan perkara itu boleh diselesaikan jika mereka meminta maaf di atas kesilapan mereka. 


from The Reporter http://ift.tt/2syPypQ
via IFTTT