'RM300 artis dibayar untuk malam raya tv program? Ni tahun 1972 ke?' - Tokram


Viral di media sosial status pemuzik, Dato Ramli MS atau lebih dikenali sebagai Tokram yang berang dengan sebuah stesen televisyen yang didakwanya mahu membayarnya RM300 untuk muncul di sebuah program TV untuk malam raya. 

"300 henget artis dibayar untuk malam raya tv program? Ni tahun 1972 ke? Kau sangat bangsat!!! Kau patut dibuang kerja atau ambil saja bhangla-bhangla kat Pudu tu nyanyi untuk tv program ko!!!!

"Tip dari saya untuk artis-artis. Kalau ada offercamni, jawab kat produser tu, aku bagi ko 300 henget ko jangan call aku lagi ok, tq," tulisnya di Facebook pada 16 Jun lalu.


Status Facebook Tokram itu discreenshot oleh Nurul Depp atau nama sebenarnya Noorulhuda Abdul Wahab, yang kemudian memuat naik gambar itu di Instagramnya.

Nurul bersetuju dengan status Facebook Tokram dan itu antara sebab mengapa dia jarang muncul dalam program stesen TV. 

"This is the reason why I don't appear much in certain TV station. Our time is money too. Just to share with you all the public. This is what we getting some time. But I always got good payment from Astro and RTM so far. 

"Susah, kan nak hidup untuk artis. Nasib baik I have herbalife and working on my new french album project.

"Not to bad mouth about TV station that used to support me, tapi udah-udah le bayar ciput. Artis pun nak hidup and ada bill nak bayar. Nah, today the truth has revealed from yours truly Dato Ramli MS. This one I like. Oh, ini consider ada bayar, ada tu nak free saja," tulisnya. 


Sementara itu di media sosial, netizen tertanya-tanya stesen TV manakah yang 'cari pasal' itu? Juga ramai yang ingin tahu berapa bayaran yang artis patut dapat jika disuruh tampil dalam program tv untuk malam raya. 


from The Reporter http://ift.tt/2tAhzty
via IFTTT