Dalam kejadian itu, mangsa, James Hunt, mendakwa dia telah dikejar dari Sekolah St. Anne dalam keadaan bogel sehingga dijatuhkan di hadapan Temple Sing.
"Saya dikejar dari sekolah dalam keadaan bogel, dipukul menggunakan kayu golf (besi) dan dipaksa meminta maaf dengan mencium kasut ketua mereka," katanya sebelum melarikan diri di hutan berhampiran.
Namun, mangsa mendakwa dia berjaya ditangkap oleh sekumpulan individu berkenaan di hadapan Temple Sing.
"Mereka telah memukul saya tanpa belas kasihan hanya kerana saya menegur dan menviralkan permasalahan yang berlaku di Labuan," katanya.
Berdasarkan komen-komen netizen, James didakwa pernah memuat naik kenyataan yang kurang menyenangkan mengenai agama Islam dan turut mendakwa Perdana Menteri sebagai penyamun, perompak dan penipu.
Bagaimanapun, James menafikan dakwaan itu dan meminta netizen menunjukkan bukti dia berbuat demikian dan jika ada, dia bersedia untuk disaman di Mahkamah Sivil.
"Tunjuk bukti kalau saya mainkan agama dan saman saya di Mahkamah Sivil. Melainkan kritikan saya telah disalahertikan dan dijadikan isu," katanya.
Video berdurasi 2 minit 33 saat yang dimuat naik sejak awal pagi Rabu, telah ditonton 818,344 kali dan dikongsi sebanyak 6,664 kali pengguna Facebook.
Semakan di akaun Facebooknya juga mendapati, James banyak mengaitkan setiap status yang dimuat naik dengan agama Islam.
Semakan di akaun Facebooknya juga mendapati, James banyak mengaitkan setiap status yang dimuat naik dengan agama Islam.
Segelintir netizen berpendapat, berkemungkinan besar mangsa dipukul kerana status-status Facebooknya yang agak lancang sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati orang ramai.
from The Reporter http://ift.tt/2sqFajk
via IFTTT