Pasangan Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin dikurniakan cahaya mata pada 9 Mei yang lalu, namun belum bersedia menunjukkan gambar bayi mereka kepada umum.
Bagaimanapun semalam, Shaheizy Sam memuat naik gambar katil bayinya yang memaklumkan anak sulungnya itu akan pulang ke kediaman mereka dalam beberapa hari saja lagi, sekali gus mendedahkan namanya kepada umum.
"Tinggal beberapa hari saja lagi Putera Syeriv Samheizy (@syerivsamheizy) beta akan pulang ke Istana dan menguasai kausnya ini," tulisnya.
Gambar yang sama direpost semula oleh Syatilla dengan kapsen berikut:
"Yeay tak sabaq mau pulang!! Haa hampa gaduh sangat kan nak tau nama bebiboi. Haa tu p eja sendiri anak ibu @syerivsamheizy. Sapa nak tengok muka bebiboi, hampa tunggu sat," tulisnya.
Sementara itu di ruang komen, ramai netizen memuji keunikan nama anak pasangan itu namun ianya terlalu sukar untuk disebut sehingga terbelit lidah dibuatnya.
"Serius kot, aku ulang lebih 30 kali untuk sebut nama anak @samtilla dan @shaheizy_sam ni. Naik oii susah bak hang. Awatlah hang pi letak nama yang belit lidah lagu tuh ceq oii. Kami penat dah sebut tak tau gak macam mano bunyi dia," kata followers pasangan itu.
Malah, ada juga ingin mengetahui apakah maksud sebenar nama itu dan adakah ia gabungan nama Syatilla dengan Shaheizy?
Apa yang lebih mengujakan, ramai yang tidak sabar mahu melihat gambar Syeriv Samheizy.
from The Reporter http://ift.tt/2rEjq4b
via IFTTT