KUALA LUMPUR - Susulan Afifah Nasir membuat penafian ke atas dakwaan kononnya di mempunyai hubungan dengan Aliff Aziz, Bella Astillah mengeluarkan kenyataan berikut, yang disiarkan portal Berita Harian.
"Hati wanita mana yang tidak tercalar apabila suami sanggup mempertahankan wanita lain berbanding isterinya sendiri?
Memang ada pergelutan yang berlaku dan saya cedera sedikit. Ini juga kali pertama dia bertindak kasar terhadap saa kerana mempertahankan seorang wanita.
"Bayangkan, saya ditinggalkan begitu saja. Dia dan pelakon wanita terbabit berlalu pergi meninggalkan premis karaoke itu. Mujur kakitangan di situ membantu saya.
"Kalau ditanya soal hati, memang saya begitu terluka. Namun saya melahirkan zuriatnya. Saya enggan terlalu dibuai emosi kerana tidak mahu anak ini hidup tanpa bapanya jika terlalu menurutkan rasa amarah.
"Rumah tangga kami pun masih baru dibina. Saya harap ada jalan penyelesaian terbaik dalam hal ini. Selagi boleh dipertahankan, saya akan lakukan.
"Selama ini orang produksi sendiri tahu bagaimana dia melayan saya. Dia memang suami yang mengambil berat dan sayangkan saya. Bagaimanapun, lain jadinya selepas dia dan pelakon itu berlakon bersama dalam drama Izinkan Aku Mencintaimu.
"Selama suami bergandingan dengan beberapa pelakon lain, insiden seumpama ini tidak pernah berlaku. Saya hanya berada di lokasi penggambaran pada hari pertama dan kedua. Hari seterusnya, dia sendiri cakap saya tidak perlu menemankannya di lokasi.
"Saya bersangka baik kerana ketika itu saya pun tengah sarat mengandung. Kalau diikutkan, saya masih kuat bergerak walaupun sarat. Saya tak terfikir rupa-rupanya ada sesuatu yang memungkinkan hal ini terjadi.
"Kru produksi drama ini pun tak sampai hati hendak membiarkan hati saya terluka dan kasihankan saya yang berbadan dua. Satu persatu saya mula mendapat tahu kisah mengenai pelakon itu yang cuba menggoda suami saya.
"Saya ada bukti paparan skrin perbualan, gambar dia memeluk suami saya dan juga video CCTV mereka berpegangan tangan mesra di premis karaoke itu. Jangan cuba nak menafikan kebenaran yang sudah terserlah.
"Kenapa dia yang sudah mempunyai teman lelaki yang kacak sanggup berbuat begitu? Seolah-olah mahu merampas suami daripada saya. Apalah yang dia buat sampai suami saya begitu tergila-gilakan dia?
"Saya pernah menghantar kiriman WhatsApp kepadanya dengan baik. Dia cakap dia tidak ingin pun dengan suami saya. Dia juga cakap dia sudah ada kekasih yang kacak tetapi akhirnya kantoi juga," katanya.
Semalam, Aliff Aziz ditahan polis kerana memukul isterinya di sebuah pusat hiburan di Cheras selepas Bella menemui dia bersama Afifah di pusat berkenaan. Aliff dilaporkan tergamak berbuat demikian kerana tidak puas hati dengan tindakan Bella yang merakam gambar dia dan Afifah.
from The Reporter http://ift.tt/2h9doDJ
via IFTTT