Assalamualaikum. Saya Rita, nama diberi. Insan yang diberi ujian hebat dalam hidupnya. Setelah mengalami kehidupan normal seperti insan yang lain, tak sangka Allah menegur dengan sekelip mata. Saya yang dulu sihat, tiba-tiba didiagnos kanser tahap 4B. Npc cancer/cancer belakang hidung.
Setelah diberi kejutan itu, saya buntu kerana anak saya masih bayi dan keluarga saya turut berduka dengan berita ini. Doktor menyuruh saya menjalani rawatan kemo terapi. Tetapi saya menolak kerana takut dengan kesan sampingannya. Lagipun kos rawatannya agak mahal. Saya cyba ubat kampung dan segala jenis herba dan supplement kanser. Namun semuanya tidak membuahkan hasil.
Berat badan turun 25 kg start rawatan kemo dimulakan. Namun saya redha. Ya Allah, berilah saya peluang sekali lagi. |
Tiba-tiba saya menerima panggilan dari keluarga di Indonesia. Katanya ada jirannya yang mengalami masalah kesihatan seperti saya berubat di Makassar, sembuh. Jadi saya buat keputusan untuk pergi ke sana bersama suami.
Sampai saja di sana, rupa-rupanya rawatan yang dimaksudkan itu adalah kemo terapi. Suami suruh teruskan dan lihat hasilnya untuk kemo pertama. Saya jalani rawatan kemo kerana kos yang dikenakan di sana tidak semahal kos yang dikenakan di Tawau.
Maka tinggallah ketiga-tiga anak saya bersama keluarga di Tawau. Berat hati nak tinggalkan tetapi ibu dan adik-beradik memujuk dan meminta saya tidak risau akan kebajikan anak-anak kerana mereka akan atur dan uruskan.
Anak pertama tinggal dengan bersama abang kesayangan saya. Anak kedua bersama ipar kesayangan, Yanti Harun dan anak bongsu tinggal bersama kakak saya. Ketiga-tiga anak berpisah tempat atas sebab-sebab tertentu. Hati meraung kerana kami sekeluarga berpisah empat tempat demi meneruskan perjuangan ini. Namun saya bersyukur kerana dikurniakan keluarga yang penyayang yang sangat prihatin dan baik hati. Segala kebajikan anak-anak juga mereka tanggung. Semoga Allah luaskan rezeki mereka.
Suami yang temankan saya di Makassar selama 8 bulan tanpa gaji. Segala wang simpanan telah habis digunakan. Segala barang kemas kepunyaan saya telah dijual. Saya bersyukur mempunyai keluarga yang pemurah. Mereka selalu sedekah, malah setiap bulan adik-beradik mengirimkan wang dan insan yang baik bati itu adalah Toms Kinetik. Dia ini anak kemanakan tetapi seperti anak sendiri yang prihatin dengan maslaah kami.
Keluarga-keluarga lain, ipar biras semua juga menderma. Keluarga dari sebelah suami juga tidak dilupakan, mereka juga prihatin dengan masalah kami. Terima kasih juga buat sahabat-sahabat saya, teman sekolah SMK Kinbutan Tawau, teman Zumba Kitty Fitness yang selalu juga menderma. Mereka-mereka ini tahu nikmat sedekah. Allah akan gandakan tujuh kali ganda setiap sedekah yang mereka hulurkan. Anda memberi satu, maka Allah membalas tujuh. Saya doakan semoga Allah luas dan murahkan rezeki kalian. Amin, Amin, Amin.
Benjolan di leher sebelum rawatan kemo, sungguh menakutkan. |
Sekarang saya masih meneruskan rawatan. Kemoterapi sudah habis, namun benjolan masih besar. Doktor menyarankan saya meneruskan rawatan radioterapi selama 35 hari. Kami bunuh kerana ia memerlukan kos yang banyak. Malah di sini kami menyewa bilik untuk dijadikan sebagai tempat tinggal.
Kos hidup di sini juga amat tinggi, malah ubat-ubatan terpaksa beli di luar. Maka dengan itu saya yang hina ini membuka cerita hidup saya sebagai pesakit kanser dan memerlukan ehsan dan bantuan dari anda yang prihatin. Saya memerlukan dana untuk meneruskan rawatan ini. Saya akan mula rawatan radioterapi minggu depan, inshaAllah, jika diizinkan. Mohon doakan saya diberi kekuatan dan urusan saya dipermudahkan.
Selepas rawatan kemo ke-6, benjolan susut sedikit, malah semakin sakit. |
Dunia ini bagaikan roda berputar. Adakalanya kita di atas, adakalanya kita berada di bawah. Dulu bila saya memiliki segala-galanya, saya alpa, leka dan lalai dengan kesenangan itu. Saya mempermainkan sujud saya. Saya lupa akanNya yang memberi segala-galanya. Nah! Sekali Dia menegur, sekelip mata berubah.
Allah cabut nikmat yang ada pada diri ini satu persatu. Sekarang saya hanya terbaring sahaja. Pakai lampin pakai buang, tak boleh bersuara dan tak boleh berjalan. Saya bukan lagi seperti dulu namun saya redha dengan ujian Allah ini sebab sayang dan ini adalah penghapus dosa saya.
Namun beri saya peluang ya Allah, panjangkan umur saya sebab saya ingin melihat anak-anak membesar, ingin melihat anak-anak berjaya, ingin melihat dan menguruskan hal perkahwinan anak-anak. Ingin menimang cucu sendiri. Ya Allah, jika engkau izinkan, apa-apa pun boleh berlaku. Kun fayakun maka jadilah!
Sebelum saya tamatkan cerita ini, saya ingin berpesan. Jangan jadi seperti saya yang lupa dan leka dengan dunia. Ingat lima perkara ini sebelum datang lima perkara.
1. Sihat sebelum sakit-sakit. Muda sebelum tua.
2. Kaya sebelum miskin.
4. Lapang sebelum sempit.
5. Hidup sebelum mati.
Sama-samalah kita beringat. Yang pasti jagalah pola kehidupan, jaga pemakanan dan jangan terlalu stress. Itu semua mengundang penyakit. Mencegah lebih baik dari mengubati. Sakit itu kos, sakit itu mahal malah sakit itu merana.
Saya dahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih yang sudi dan perihatin dengan masalah yang sama saya hadapi sekeluarga. Tolong panjangkan post ini dan share jika itu dapat membantu saya. Saya mohon doakan rawatan saya berjalan lancar dan dapat pulang berjumpa bersama keluarga dan anak-anak di Tawau. Allahumma amin yarobbal alamin. Rabbi yassir wala tuassir. Rabbi tthammin bil khoiri. Rabbis rohli sodri wayasirli amri wahlul ukdatan min lisani yafkahu kauli.
Di sini saya sertakan nombor akaun suami dan kakak:
Saharuddin Abdullah Nupu: 1600 3700 7079 - Maybank
Izza Mafiza: 5602 4101 2259 - Maybank
Wassalam dan terima kassih
from The Reporter http://ift.tt/2tFURVq
via IFTTT