Ketua Polis Subang Jaya, Asisten Komisioner Muhammad Azlin Sadari berkata, pengawal keselamatan warga Nepal berusia 53 tahun itu telah menarik balik laporan polis yang dibuat pada hari yang sama kerana mengenali lelaki itu.
Tiga pengawal keselamatan dan lelaki berusia 20 tahun itu juga sudah bermaaf-maafan serta menyelesaikan kes itu secara baik.
"Kejadian dipercayai berlaku apabila lelaki berkenaan tidak dibenarkan naik ke kondominium tersebut kerana penghuni unit berkenaan melarangnya masuk.
"Akibat tidak puas hati, lelaki berkenaan bertengkar dengan pengawal keselamatan yang bertugas sehingga berlaku pergaduhan," katanya.
Difahamkan, lelaki itu pernah menetap di kondominium tersebut bersama keluarganya.
Semalam, video pergaduhan lelaki yang didakwa petinju seni mempertahankan diri campuran (MMA) dengan tiga pengawal keselamatan itu viral di media sosial jam 4 petang semalam.
Dalam video tersebut, lelaki bernama Darriush Kha Lili kemudian menendang kaki kiri pengawal keselamatan itu secara tiba-tiba menyebabkan berlaku pergelutan di antara mereka berdua sebelum dua rakan pengawal keselamatan itu datang dan memukul Darriush.
Dalam penjelasan awal Darriush, dia hanya bertindak sedemikian kerana mahu lelaki itu menjauhkan diri daripadanya. Dalam masa yang sama Darriush menegaskan dia boleh berlawan dengan pengawal keselamatan berkenaan namun memilih untuk tidak berbuat demikian kerana tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.
Berita berkaitan:
from The Reporter http://ift.tt/2tmfJRG
via IFTTT