Remaja dirogol 5 lelaki yang baru kenal di WeChat secara bergilir-gilir


KOTA KINABALU, SABAH - Lima remaja lelaki berusia 13 hingga 18 tahun ditahan dipercayai merogol seorang remaja perempuan 15 tahun secara bergilir-gilir di sebuah bangunan terbiar di Manggatal, lapor Harian Metro.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M Chandra berkata, dalam kejadian yang berlaku pada jam 3 petang Rabu lalu, mangsa yang baru mengenali lima remaja lelaki itu melalui aplikasi WeChat tiga minggu lalu, bertemu di sebuah taman. 

"Siasatan mendapati mangsa mulanya menemui lima suspek di sebuah taman di Manggatal sebelum suspek terbabit mempelawa mangsa ke sebuah bangunan usang di sekitar Manggatal. 

"Mangsa mendakwa dipaksa mengikut suspek ke bangunan terbiar itu dengan berjalan. Ketika dalam perjalanan, mangsa cuba melarikan diri. Namun suspek menghalangnya dan berjanji akan menghantar mangsa pulang ke rumah," katanya. 


Bagaimanapun, sebaik saja tiba di bangunan itu, mereka hanya berbual-bual kosong sebelum suspek memaksa mangsa berbaring di lantai. 

Mereka kemudian berbual-bual dalam masa dua tiga minit sebelum kelima-lima suspek bertindak merogol mangsa secara bergilir-gilir. 

"Hasil maklumat orang awam dan risikan polis, kelima-lima suspek berjaya diberkas polis dalam tempoh tidak sampai 24 jam selepas mangsa membuat laporan polis. 

"Semua suspek berusia 13 hingga 18 tahun direman untuk siasatan lanjut selama tujuh hari bermula Jumaat lalu sehingga 3 Ogos depan," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 375 (B) Kanun Keseksaan atas kesalahan merogol secara berkumpulan. 

Justeru, polis menasihatkan golongan ibu bapa agar tidak membiarkan anak terutamanya anak perempuan berjalan seorang diri bagi mengelakkan mereka menjadi mangsa rogol.


from The Reporter http://ift.tt/2uORXey
via IFTTT