GEORGE TOWN, PULAU PINANG - Lelaki yang dituduh merogol dan membunuh pelajar perempuan tingkatan lima pada 25 Oktober 2015, mengaku bersalah dan memohon maaf kepada keluarga mangsa.
Lapor mStar Online, Tarmizi Yaakob, dituduh merogol mangsa, Intan Suraya Mawardi, 17, sebelum membunuhnya di rumah mangsa di Teluk Kumbar.
Ketika dibicarakan, Tarmizi, 22, menangis dan memohon maaf kepada keluarga mangsa yang duduk di barisan depan galeri awam.
"Tolong beritahu ibu bapanya saya minta maaf dan saya sangat menyesal," katanya selepas mengaku bersalah di atas pertuduhan yang dibacakan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada Khamis.
Kenyataan Tarmizi itu mengejutkan pendakwa dan peguambela, S. Yagoo yang meminta agar mahkamah mempertimbangkan semula rayuan tersebut.
S. Yagoo juga memohon supaya Tarmizi yang telah disabit dan dijatuhi hukuman penjara 10 tahun pada Mei lalu, juga kerana kesalahan merogol pada tahun 2015, menjalani penilaian psikiatri.
Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Abdul Wahab Mohamed memerintahkan Tarmizi menjalani pemeriksaan psikiatri selama sebulan di Hospital Bahagia di Tanjung Rambutan.
25 Oktober 2015, Intan Suraya Mawardi ditemui mati di rumah oleh bapanya yang pulang ke rumah pada jam 7.30 malam. Mangsa ditemui dalam keadaan terbaring dan berselimut di atas katil.
Ekoran kejadian itu, polis telah menahan Tarmizi yang kemudian mengaku telah merogol dan membunuh mangsa kerana marah dan cemburu mangsa mempunyai teman lelaki lain.
Tarmizi yang bekerja sebagai pengawal keselamatan pada ketika itu juga mempunyai rekod jenayah berkaitan dadah.
from The Reporter http://ift.tt/2vIc8Km
via IFTTT