'Saya upah akak untuk make-up, suka hatilah saya nak pergi dinner ke, beromen ke' - Customer kantoi menipu MUA


Make-up Artist (MUA) luah rasa kesal terhadap pelanggannya yang telah memperdayanya hanya kerana ingin mendapatkan harga perkhidmatan make-up yang murah. Pada awalnya, MUA berkenaan menyangka pelanggannya itu meminta khidmatnya untuk menghadiri majlis makan malam sempena majlis reunionnya. Namun setelah diselidik, rupa-rupanya dah kantoi dan make-up itu sebenarnya untuk majlis merisik. Alahai. Kenapa perlu menipu? 

TAK TAHU nak cakap apa. Nak make-up murah sampai sanggup nak menipu. Sayang oh sayang, sanggup bawa make-up itu ke majlis merisik. Nasib baik saya tak buat wing-wing liner di mata awak semalam. Kalau tak, terkejut bakal mak mentua awak. 

Sebenarnya semalam saya dah rasa lain. Jadim. bila bersembang-sembang dalam group dengan kawan-kawan yang lain, mereka pun hairan make-up dinner apa awal sangat? Kalau kata ramai, tak apalah juga, kan? Ini seorang saja. 

Tetapi saya bersangka baik dan mungkin dia bercakap benar. Dia kata dia nak ambil gambar dulu sebelum pergi dinner itu. Saya pun malas nak ambil port, kan. Last-last, rupanya kantoi juga menipu. Sudah kantoi tak apa, tetapi dia pula yang meroyan.

Tanjat boboi mak! Ingatkan dinner sungguh, tapi..

Dia call dan marah saya, marah kawan-kawan saya yang komen macam perli-perli dia sampai dia boleh kata,

"Saya nak pergi mana pun ikut suka sayalah. Mereka kalut lubang puk* apa?" 

Gila bahasa awak dik. Nasib tak direkod. Terkejut juga saya dibuatnya dan memang tak sangka langsung. Kemudian dia boleh pula kata, 

"Saya nak make-up, saya nak minta make-up apa pun ikut suka sayalah. Saya upah akak untuk make-up, jadi suka hatilah saya nak pergi dinner ke, nak pergi beromen ke, nak ambil gambar dengan jantan ke, hak sayalah." 

Amboi dik, awak ingat RM100 awak itu besar sangat ke? Datanglah ambil balik duit awak, saya tak hadap pelanggan seperti awak ini yang bahasanya kurang ajar. Sudahlah menipu, kemudian boleh tuduh pula saya menipu pelanggan. 

Kepada mereka yang pernah menjadi pelanggan atau mengambil perkhidmatan saya selama ini, ada ke saya menipu? Ada ke yang tak puas hati dengan saya? Beritahulah kalau saya ada tipu ke, apa ke. 

Ayat pertama, 'Make-up simple' untuk dinner

Awal jugalah. Seorang saja nak make-up tetapi nak mai make-up waktu tengah hari? Tapi saya bersangka baik lagi sebab mungkin bentul dia nak pergi dinner tempat jauh sebab itu make-up awal. Masa tengah make-up dia semalam sambil bersembang-sembang, tanyalah dinner di mana apa semua. Dia kata di Cinta Sayang Resort, reunion sekolah ke apa tah. Pandai dia mengenakan saya, 

Cuba tengok mesej ini pula. Malam sebelum itu mesej kata dinner di rumah kawan dia pula. Kau rasa? Saya saja tak sedar lagi dengan permainan dia ini. Masa make-up, kata nak buat inai sekali. Saya kata inai tak bawa pula. Kemudian saya tanya, "Dinner tema Bollywood ke?" Dia kata, "Taklah, saja nak lukis," pandai dia. 

Saya WhatsApp tadi dan ini yang dibalas. Rasa-rasa biadab tak orang seperti ini? Dengan langsung tak ada rasa bersalah, dia boleh pula kata begitu pada saya. OMG! Kau siapa dik nak kata saya menipu customer saya? Amboi mulut. 

Kemudian dia kata pula saya suruh kawan-kawan saya pergi komen tentang gambar dia. Alahai, siapa yang tak matang ni? Sikit pun tak suruh mereka pergi komen. Mereka komen pun bukan kata apa pun, yang awak tu terasa lebih-lebih kenapa? Makan cabai burung banyak sangat ke? 

Bila suruh letak terus gambar dinner di komen, boleh pula kata, "Saya nak bubuh gambar ke tak, suka hati sayalah". Gambar merisik/tunang itu boleh pula awak upload. Uploadlah gambar dinner sekali

Dah kena block! Hahaha! 

Saya doakan yang baik-baiklah untuk awak, dik. Semoga pertunangan awak kekal ke jinjang pelamin tau! Bahagia hingga ke akhir hayat. Amin. 

Tetapi sudah-sudahlah nak menipu. Nanti kalau nak make-up untuk kahwin, jangan beritahu pula nak make-up simple, nak pergi kubur. 

MUA-MUA sekalian, pernah tak terkena situasi seperti ini? Apa yang anda rasa kalau terkena situasi seperti ini dan apa yang anda akan lakukan? Adakah saya bersalah dalam hal ini? 

Untuk bakal pelanggan saya yang akan datang, janganlah ada yang buat perangai seperti ini. Kalau bajet terhad, beritahu bajet anda berapa. Kami MUA-MUA ini bukannya kejam sangat sampai tak boleh nak bertolak ansur ke apa. Janji apa yang anda minta itu bersesuaian dengan apa yang kami nak buat untuk anda. 

Kami buat kerja kami seikhlas hati kami, tahu tak? Sebab itu kerja kami dan punca rezeki kami. 

Sumber: Ayura Henna


from The Reporter http://ift.tt/2v1XfWT
via IFTTT