'Sejak lahir anak kedua, isteri mula abaikan saya' - Suami kesal isteri ralit dengan handphone


Assalamualaikum admin. Adui, saya tak tahu macam mana nak cerita tentang isteri saya ini. Saya sayang sangat-sangat isteri saya. Kami ada dua orang anak, lelaki berumur enam tahun dan perempuan baru berusia lima bulan. 

Isteri saya cantik, saya pun handsome, anak-anak tentulah comel-comel lebih-lebih lagi anak perempuan bongsu itu comel sangat. 

Masalah saya sekarang, setiap kali isteri memuat naik gambar-gambar anak perempuan saya itu, beratus-ratuslah orang like dan komen. Jadi, kerja dia menghadap telefon nak membalas setiap komen dan puji-pujian rakan-rakannya yang mengatakan anak kami comel. Rezeki isteri, kedua-dua anak kami mengikut wajahnya. Itu yang menyebabkan dia rajain membalas komen-komen dan pujian netizen. 

Kalah dah setiap hari muat naik gambar anak, bayangkan berapa banyak masa dia habsikan dengan telefon? Masalahnya sekarang, saya selalu rasa terabai sebab dia kerap muat naik gambar-gambar anak-anak kami. 

Kadang-kadang saya rasa isteri saya ini hobi dia sekarang suka menyeksa saya agaknya. Saya tahulah cuaca panas dan hari itu semasa dia berpantang, dia boleh pakai singlet tali halus dan pakai seluar pendek yang betul-betul tutup alur punggung saja tergolek-golek lalu di depan saya. 

Tahulah dalam rumah, tapi yang lawaknya siap berstokin tapi pakai pakaian seperti itu. Kerana sayang, saya sabar dan tahan nafsu. 

Ini pesanan untuk golongan isteri. Janganlah pakai pakaian seksi maut habis apabila berpantang. Janganlah pakai pakaian yang biasa dipakai. Tahulah panas tetapi ada hati yang merana nanti. 

Paling saya terkejut semasa bila nak masuk waktu tidur. Dia boleh saja pakai baju tidur satin renda-renda. Allahu, tak prihatin langsung. Dulu tempat tidur dia di lengan dan dada saya. Kalau saya tak ada, sampai dia tak boleh nak tidur. Ketiak saya pun dia cium-cium dulu, wangi katanya. 


Dari mula kahwin sampailah dia mengandung anak pertama, kemudian anak kedua, memang manja gila-gila. Duduk saja-saja di rumah pun mesti baring sebelah saya, peluk saya. Duduk depan televisyen, kalau boleh tangan kaki nak bersilang-silang dengan saya.

Bila isteri dah biasa begitu, bila dia tiba-tiba berubah, saya pula yang menjadi sedih. Dia berubah dengan begitu ketara sekali sejak melahirkan anak kedua ini. Dulu sayalah yang dia paling sayang nak bermanja-manja saja. Dah macam kucing saya tengok, asyik nak melekat dengan saya.

Tetapi sekarang dia dah lain. Kalau saya tahu jadi begini dari dulu, dia datang dekat nak bermanja, saya akan suruh dia peluk tiang saja senang. Ini tak, bila saya dah terbiasa bermanja-manja, dia pula menolak. 

Dulu walaupun baru ada anak seorang, saya masih nak balik ke rumah cepat-cepat jumpa isteri. Sebab saya tahu, stress dan penat balik dari kerja bila sampai rumah ada orang yang bermanja dengan saya. 

Nak kata dia penat uruskan anak-anak, memang taklah sebab saya memang selalu tolong isteri. Senang cerita, saya lagi banyak jaga anak tetapi tak apa, saya langsung tak mengeluh. Saya enjoy buat semua itu. Anak-anak kami pun berkelakuan baik. Tak ada meragam, buas dan buat yang bukan-bukan. 

Apa yang saya patut buat agar isteri kembali seperti dulu? Kalau diajak bersama, memang dia tak pernah menolak tetapi itu bukan segala-galanya. Saya lebih suka cuddle-cuddle, manja-manja ada masanya kami menonton filem kegemaran sambil berpelukan. 


Kalau dia penat ke apa, mesti dia nak tidur. Ini tak, dia asyik ralit dengan telefon. Memang ghairah betul dia melayan komen di Facebook. Ada gambar yang sampai 800 - 900 likes. Yang komen tak payah cakaplah. Gigih dia reply satu persatu. Saya baca komen kawan-kawan dia pula memang tak ada yang puji saya langsung. Kalau ada, sejuklah sikit hati. 

Betul saya cakap yang saya ini handsome, tetapi sikit pun orang tak pandang. Kebanyakannya memuji anak saya itu adalah golongan wanita hamil. Nak anak camnilah, apalah. Haih! PEliklah orang perempuan ini. Nak anak, buatlah dik non oi! 

Saya tak minta banyak, saya cuma nak dia jadi seperti dulu, bermanja, bersayang dengan saya seperti dulu. Susah sangat ke? Rasa macam nak campak saja telefon dia itu kadang-kadang. 

You dah tak sayangkan I ke sayang oi? Teruk tak teruk masalah kita ini sampai I kena mengadu di page Kisah Rumah Tangga. Kalau orang tahu, hilang kejantanan saya. Ini semua awak punya pasal. Habis madu sepah dibuang. Ingat sikit, saya pun berjasa dalam menjadi anak-anak kita comel, bukan awak seorang saja. Ada hashtag tau, #kembalikanisteriku



from The Reporter http://ift.tt/2tEAQK3
via IFTTT