'10 tahun naik motosikal guna visor gelap, kali ini baru kena saman' - Namun ia sememangnya satu kesalahan
TRONOH, PERAK - Viral di media sosial seorang lelaki meluahkan rasa tidak puas hatinya apabila dikenakan saman dalam operasi sekatan jalan Polis Di Raja Malaysia (PDRM).
Mohamad Hazuali Ibrahim atau nama Facebooknya, Runner Wan, berkata, selama 10 tahun menunggang motosikal, itulah kali pertama dia dikenakan saman kerana menggunakan visor gelap pada topi keledarnya.
"Seumur hidup aku, inilah saman yang paling aku tak boleh terima. Motosikal standard habis, lesen complete ada, last-last kena saman visor saja. Terima kasih bang sebab jalankan tugas dengan teliti.
"10 tahun naik motosikal guna visor gelap, kali ini baru kena saman. Aku baru tahu visor pun boleh kena saman. Bertolak ansurlah sikit breader. Cait, macam tak ada modal saja. Duit saman ini aku anggup sajalah aku sedekah pada kerajaan.
"Kalau kereta tinted gelap kena saman, bolehlah terima juga sebab yang tinted terlampau gelap ini takut pula ada yang buat maksiat ke apa. Tapi helmet visor gelap kena saman, kelakarnya. Belum pernah lagi orang buat maksiat dalam helmet.
"Kalau ikutkan hati panas tadi, nak saja aku pijak visor ini bagi pecah depan dia. Senang betul ambil duit orang. Cauu." tulisnya di Facebook.
Gambar yang dimuat naiknya sejak jam 2.04 petang, 19 Ogos 2017, Sabtu lalu, telah dikongsi 12,309 kali dan menerima pelbagai reaksi dari netizen.
Bagaimanapun, ada segelintir netizen menyatakan bahawa penggunaan visor gelap adalah satu kesalahan.
Laman automotif popular, Paul Tan, juga pernah memuat naik artikel berkenaan isu yang sama di mana, Pengarah Jabatan Kejuruteraan Automotif, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk IR. Hj. Mohamad Dalib menjelaskan mengapa penunggang motosikal dilarang menggunakan visor gelap.
"Di atas kertas, visor pada mana-mana jenis helmet adalah wajib mempunyai kejelasan penglihatan 100%. Maksudnya, sebarang visor gelap daripada itu adalah dilarang penggunaannya.
"Tujuannya adalah untuk menampakkan wajah penunggang di sebalik helmet itu. Lebih utama, jika mata penunggang juga dapat dilihat. Sebab apa? Ini adalah untuk membolehkan penunggang membuat eye contact dengan pengguna jalan raya yang lain, terutamanya dengan pemandu kereta.
'Ini sangat berkesan terhadap apa saja yang ingin penunggang lakukan. Misalnya ketika ingin keluar dari persimpangan; pandang tepat ke arah pemandu lain, serta gunakan isyarat tangan sebelum anda melintas atau mula bergerak. Cara ini adalah jauh lebih berkesan dan selamat kerana sudah ada contact atau makluman awal di antara mereka," katanya.
from The Reporter http://ift.tt/2whsrlk
via IFTTT