2 dokumen ini dakwa Joy Revfa masih berstatus isteri orang ketika bernikah dengan Hafiz Hamidun?


Susulan tindakan Joy Revfa atau nama sebenar Siti Arifah Mohd Amin, memfailkan permohonan pembubaran perkahwinannya berikutan suaminya, Hafiz Hamidun, mendakwa perkahwinan mereka tidak sah kerana Joy masih berstatus isteri orang, tersebar beberapa dokumen yang mendakwa Joy masih merupakan isteri orang.

Lapor My Nation News, Joy dan bekas suaminya, Mohd Rayos Abdul Rahim bercerai dengan talak satu pada 13 Julai 2017, dua bulan selepas Joy bernikah dengan Hafiz pada Mei 2017. 

"Surat itu mengesahkan bahawa telah tertaklak Siti Arifah, 30, dengan Mohd Rayos, 46, dengan satu talak pada tarikh 13 Julai 2017," kata sumber berkenaan. 

Difahamkan, Joy hanya membuat aduan taklik kepada Pejabat Agama Islam Wilayah Songkhla pada penghujung Mei, sebulan selepas bernikah dengan Hafiz. Malah ketika berkahwin dengan Hafiz, Joy dilaporkan menanda ruangan 'tidak pernah berkahwin' sebagai status dirinya. 



Merasakan ada sesuatu yang tidak kena pada status pernikahan mereka, Hafiz kemudian bertindak mengasingkan dir dari Siti Arifah bagi mengelakkan kesulitan. 

Dalam temubual 'live' Berita Harian, Joy sendiri mengakui perceraiannya tidak didaftarkan di Malaysia. 

"Hafiz sendiri tahu yang saya tidak mendaftar perceraian di Malaysia," katanya. 



Namun, Joy tidak mendedahkan bahawa perceraiannya itu juga turut tidak didaftarkan kepada Pejabat Agama Wilayah Songkhla, tempat dia dan Mohd Rayos bernikah sebelum ini. 

Hanya selepas menerima surat pengesahan dan lafaz talak satu dari Mohd Rayos bertarikh 13 Julai 2017, Joy datang ke Pejabat Agama Islam Daerah Petaling bagi mengemukakan Surat Keterangan Mengadu Taklik dan Surat Akuan Cerai Taklik, dikeluarkan Pejabat Agama Wilayah Songkhla pada 8 Ogos lalu. 

"Tidak timbul soal sama ada Hafiz mengetahui atau tidak kerana Siti Arifah sepatutnya mengemukakan sijil perceraian yang sah sebagaimana diminta. Namun gagal berbuat demikian sehingga 8 Ogos lalu," kata sumber My Nation News. 

Turut difahamkan bahawa, Joy mendakwa kononnya surat cerainya dalam proses untuk dikeluarkan sebelum bernikah dengan Hafiz. Namun Joy hanya membuat permohonan untuk bercerai dengan suami pertamanya secara taklik pada hujung bulan Mei, hampir sebulan selepas bernikah dengan Hafiz. 



from The Reporter http://ift.tt/2wzfym9
via IFTTT