91 mangsa tampil, dedah kerugian hampir RM500,000


SHAH ALAM, SELANGOR - Susulan viral video beberapa pasangan yang mendakwa telah menjadi mangsa penipuan Zurin Jundi Wedding Planner, ramai individu telah tampil mendedahkan jumlah kerugian yang dialami setelah dikhianati oleh pemilik syarikat tersebut. 

Lapor laman Facebook Baitul Muslim, seramai 91 mangsa dari pelbagai negeri tampail mendedahkan kerugian yang jumlah keseluruhannya dianggarkan hampir setengah juta. 





Difahamkan, Puan Zurin juga turut berjanji akan membayar semula semua wang individu-individu yang telah menjadi mangsanya pada bulan depan. Pengakuannya itu juga turut ditulis pada sekeping kertas sebagai bukti perjanjian, yang juga berserta dengan tandatangannya sendiri. 



Sementara itu di media sosial, netizen turut mempersoalkan mengapa tiada sebarang tindakan dari pihak berkuasa sedangkan seramai 91 mangsa telah membuat laporan polis. 

"Dia tibai duit 91 orang dan yang peliknya masih ramai lagi yang menggunakan perkhidmatannya. Malah, terasa pelik kenapa sampai 91 orang yang telah menjadi mangsanya, tetapi dia masih belum ditangkap?" soal Azrol Ahmad. 


Menurut Faizah Zulfikri, sekitar jam 2 petang tadi, masih ramai individu-individu yang dipercayai pernah menjadi mangsa penipuan berkumpul di premis Zurin Jundi Wedding Planner di Johor Bahru. 

Sementara itu, kakak kepada salah seorang pengantin yang juga menjadi mangsa penipuan berkenaan, Zainatulazlina Zailan, berkata kes adiknya itu bukan individu yang mengatakan pelaminnya seperti reban ayam. 


Bagaimanapun, pihaknya telah membuat laporan polis dan aduan pada Tribunal Pengguna, serta mereka diminta untuk mengumpul bukit untuk tindakan seterusnya. Malah, pihaknya akan mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya pihak Zurin Jundi Wedding Planner mengambil tindakan berdiam diri. 


Terdahulu, The Reporter melaporkan pemilik Zurin Jundi Wedding Planner diserbu sekumpulan individu yang mendakwa telah dianiaya dan ditipu di tingkat bawah premisnya itu, sebelum dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut. 


from The Reporter http://ift.tt/2vzSaC0
via IFTTT