Viral di media sosial, seorang peniaga nasi lemak ayam berempah kesal ada individu yang tidak bertanggungjawab telah memperdayanya. Menurut peniaga berkenaan, ini merupakan kali kedua dia ditipu oleh pelanggan yang tidak bertanggungjawab.
Ceritanya, seorang rakan Facebook peniaga berkenaan berminat membuat pesanan nasi lemak ayam berempahnya dan telah menghubungi peniaga berkenaan pada jam 4.16 petang untuk memesan sebanyak 20 bungkus untuk dihantar ke tempat kerjanya, lusa.
Peniaga berkenaan bersetuju untuk mengambil tempahan tersebut dan akan dihantar sekitar jam 8 pagi.
Namun pada jam 9.56 malam, individu terbabit sekali lagi menghubungi peniaga itu untuk memaklumkan dia mahu menambah 10 bungkus lagi.
Peniaga berkenaan tiada masalah untuk menerima tambahan itu, tetapi dia meminta bayaran pendahuluan iaitu separuh dari harga 30 bungkus tersebut, sebagai langkah berjaga-jaga.
Bagaimanapun, individu berkenaan memberikan alasan tidak dapat membuat bayaran kononnya internet telefon bimbitnya mengalami masalah dan berjanji akan membuat bayaran RM135 secara tunai apabila nasi lemak itu dihantar kepadanya esok pagi.
Percaya dan menyangka individu berkenaan jujur, peniaga terbabit terus membuat pesanan tersebut.
Namun sehari sebelum penghantaran, individu terbabit memberikan alasan dia tidak dapat menerima 30 bungkus nasi lemak ayam berempah itu di tempat kerjanya kerana anaknya sakit dan dia terpaksa mengambil cuti kecemasan esok. Malah dia terpaksa membatalkan tempahan tersebut.
Terkejut dengan tindakan wanita itu, peniaga berkenaan cuba merayu wanita itu meminta bantuan rakan sekerjanya untuk mengambil pesanan tersebut.
"Tak boleh ambil ke dik? Sesiapa ke? Sebab semua akak dah buat dik. Ayam dah perap, sambal dah siap. Bukan 3 pax yang adik minta, tetapi 30 pax. Sape yang nak makan banyak-banyak ni dik?
"Allah. Tak boleh ke suruh suami adik ambilkan? Jangan buat macam ni dik. Akak meniaga makanan. Tak boleh nak simpan-simpan. Adik carilah jalan untuk ambil esok," rayu peniaga berkenaan.
"Sis, anak saya sakit sis. Sis ingat saya suka-suka ke nak cancel-cancel order? Kan saya dah cakap esok saya emergency, tak datang kerja. Kalau saya ambil 30 pax nasi lemak, siapa nak melantak banyak-banyak tu? Cakap pakai otak sis. Saya ni dengan anak sakit. Sis plak annoying," balas wanita terbabit.
Memandangkan wanita itu memberikan jawapan yang biadab dan lagi kurang ajar, peniaga berkenaan matikan niatnya untuk terus merayu dan berharap dia tidak lagi berurusan dengan orang seperti itu.
Disebabkan tindakan yang tidak bertanggungjawab wanita terbabit, dia terpaksa menjual 30 bungkus nasi lemak itu secara online di Facebook. Alhamdulillah ada individu yang sudi membeli nasi lemaknya.
Akak buka tempahan nasi lemak ayam berempah sebanyak 30 pack untuk pagi esok. Harganya RM4.50 setiap satu dengan caj penghantaran RM2.00. Akak hantar ke Sentosa dan Adenium sahaja. Mula menghantar pesanan jam 8 pagi. Mana-mana yang nak bayar masa gaji pun akak terima sebab akak betul-betul kena habiskan 30 bungkus nasi lemak ayam berempah ini. WhatsApp akak alamat di 012-5710289. Sesiapa yang akak tag, akak minta maaf ye. Siapa yang boleh share, akak ucapkan terima kasih.
"Akak ni tak serik, dah kali kedua kena, masih tak ambil pembayaran. Adakah akak ini senang dikencing? (ditipu). Janganlah kencing akak, dah hancing akak ni tau.
"Alhamdulillah dah terjual habis. Tetapi nak pesan sikit pada yang biasa sangat kenakan orang seperti ini. Hari ini kita bermain-main dengan usaha orang, esok lusa kalau hadap kesusahan, tolong ingat semula apa yang kita dah buat pada orang," katanya.
from The Reporter http://ift.tt/2vkKxzf
via IFTTT