Dapatkan D24 Durian McFlurry 24 Ogos ini


Terdahulu restoran makanan segera, McDonald memperkenalkan menu terbaru mereka iaitu Spicy Korean Burger dan kini mereka memperkenalkan satu lagi menu baru yang anda boleh dapatkan bermula 24 Ogos ini. 

Enam jam yang lalu, laman Facebook rasmi McDonald Malaysia mengesahkan menu terbaru itu, D24 Durian McFlurry boleh didapatkan di seluruh cawangan restorannya bermula 24 Ogos ini dengan harga RM7.99. 


Selain itu McFlurry, Durian Sundae Cone juga diperkenalkan. Bagi peminat raja segala buah ini, pastinya ramai yang tidak sabar mahu mencubanya. 

Difahamkan menu itu sudah mula diperkenalkan di beberapa cawangan McDonald di Sabah dan Sarawak seperti Kuching, Sibu, Miri dan Tawau.





Nantikan 24 Ogos ini. 


from The Reporter http://ift.tt/2g2bxk2
via IFTTT