Ibu potong kemaluan anak dengan gunting kerana mahu balas dendam pada bekas suami


CHINA - Seorang wanita tergamak darah dagingnya sendiri dengan memotong kemaluan anak lelakinya menggunakan gunting hanya kerana mahu membalas dendam terhadap bekas suami, lapor Sina. 

Wanita yang tidak dinamakan itu, memotong kemaluan anaknya kerana dia mahu membalas dendam terhadap bekas suami dan keluarganya. 

Mujur perbuatannya disedari oleh bekas ipar wanita itu yang kemudian mengejarkan mangsa ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Ketika dihantar ke hospital, kemaluan mangsa mengalami pendarahan yang sangat teruk. 


Doktor di sebuah hospital di Jiangxi, Fuzhou, segera melakukan pembedahan pada mangsa bagi menyambung semula kemaluannya. Difahamkan pembedahan itu berjalan dengan lancar dan mangsa berjaya diselamatkan. 

Selepas 10 hari kemudian, pihak media tempatan menemubual doktor berkenaan yang memaklumkan bahawa mangsa berada dalam keadaan stabil dan memberikan respon yang baik serta akan sembuh dari kecederaannya jika rawatan berjalan dengan lancar. 


Walau bagaimanapun, doktor berkata, kemaluan mangsa mungkin akan mengalami sedikit masalah. Tetapi tiada masalah untuknya menjadi seorang bapa di masa akan datang. 

Sementara itu, nenek mangsa tidak faham mengapa ibu mangsa tiba-tiba kembali semula ke rumah mereka setelah bertahun-tahun meninggalkan mereka. 


"Dia tinggalkan rumah kami lebih dari setahun, malah dia berkahwin dengan lelaki lain. Saya beritahu dia sudah berkahwin dengan lelaki lain dan tolong jangan datang ke rumah kami lagi. 

"Dia potong kemaluan anaknya sendiri menggunakan gunting. gunting yang besar yang biasa digunakan oleh kami di rumah," katanya. 


Namun, motif wanita itu tergamak memotong kemaluan anaknya sendiri masih tidak jelas dan polis kini sedang menyiasat kes tersebut. 


from The Reporter http://ift.tt/2w7o8Xe
via IFTTT