'Ingatkan ulser biasa, rupanya kanser mulut' - Perokok


KUALA LUMPUR - Baru saja berusia 24 tahun, namun lelaki ini disahkan menghidap kanser mulut dan kini menjalani rawatan kemoterapi di Hospital Kuala Lumpur. 

Lapor mStar, Muhammad Faid, 24, mula merokok sejak berusia 17 tahun dan menghisap lima batang rokok setiap hari bersama rakan-rakannya. 

Pelajar tahun tiga jurusan pendidikan di sebuah universiti itu berkata, pada awalnya dia mengalami masalah ulser di lidah kiri, namun tidak mengendahkannya kerana ia tidak begitu menyakitkan. 


Menurut ibunya, Anita, 52, berkata, bahagian dalaman mulut anaknya mula luka pada awal tahun lalu dan ia tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda untuk sembuh. Pada bulan November 2016, Muhammad Faid menjalani ujian biopsi dan disahkan menghidap kanser mulut. 

"Antara November dan Mei lalu, Muhammad Faid mengalami pendarahan sebanyak empat kali dan terdapat rongga dalam lidahnya. 

"Kanser itu masih berada di tahap 1 dan 2 pada Februari. Tetapi pada bulan Mei, ia sudah berada di tahap 3. Susulan itu doktor terpaksa memotong sebahagian lidahnya pada 17 Mei lalu," katanya. 


Doktor telah membina semula lidah dengan lebihan kulit pahanya, dan Muhammad Faid kini boleh bercakap sedikit, tetapi masih belum boleh makan dan menerima makanan menerusi tiub. Manakala lubangnya ditebuk di trakea untuk membolehkannya bernafas. 

Walaupun punca kanser itu masih belum diketahui, namun doktor berkata kebanyakan pesakit kanser mulut terdiri daripada perokok. 


from The Reporter http://ift.tt/2wnfhUc
via IFTTT