Isu Hafiz dan Joy buka mata masyarakat tentang pentingnya daftar perkahwinan dan perceraian


*khas bagi mereka yang kurang jelas dengan kes Hafiz Hamidun dan Joy Revfa atau Siti Arifah Mohd Amin. 

Kes Hafiz Hamidun dan Siti Arifah patut membuka mata masyarakat tentang kepentingan pendaftaran perkahwinan dan perceraian bila ia berlaku. Benar, tiada ayat Quran atau hadith yang jelas menyatakan wajib atau sunnat mendaftar sesebuah perkahwinan, namun demi maslahah terutama menjaga kebajikan teruama wanita dan anak-anak, maka pendaftaran diwajibkan di bawah Akta dan Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam di Malaysia.

Telah timbul kekalutan di awal-awal kes ini bila perkahwinan terdahulu Siti Arifah adalah tanpa keizinan mahkamah syariah iaitu di Songkhla bersama bekas suami terdahulu, Datuk Roy atau Mohd Rayos. 

Sekurang-kurangnya bila sudah kembali ke Malaysia, dia sepatutnya mendaftarkan perkahwinan tersebut, yang mana akan memudahkan urusan pernikahan itu supaya akan ada pembuktian perkahwinan secara hitam putih (documented). 

Masalahnya, pendaftaran perkahwinan tidak dibuat. Bila timbul masalah rumah tangga sebagai contoh, didera atau tidak diberi nafkah atau tiada keserasian dan lain-lain, sememangnya akan timbul kesusahan dan masalah di mana mahkamah tiada bidang kuasa untuk mendengar kes tersebut. 


Dalam kes ini, Siti Arifah menyatakan bahawa dia telah berpisau (seperated and not divorce) dengan bekas suami lebih kurang dua tahun. Kemudian Siti Arifah ingin berkahwin dengan Hafiz Hamidun. Selepas berkahwin dengan Hafiz Hamidun, baru memohon taklik. Taklik pula akan sempurna bila mahkamah syariah mengesahkannya. Setelah itu barulah Siti Arifah boleh menyempurnakan Iddah. 

Di peringkat inilah timbul masalah utama di mana antara maklumat untuk berkahwin yang perlu dinyatakan adalah status perkahwinan. Dan rentetan dari situ, bermacam-macam masalah dan andaian yang timbul. 

Secara ringkasnya:

Perkahwinan di Malaysia perlu mematuhi dua (2) syarat: 
  • Di bawah hukum syarak - wajib atau perkahwinan menjadi tidak sah.
  • Di bawah peruntukan Akta Wilayah Persekutuan atau Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri-Negeri. Kegagalan memenuhi peruntukan menyebabkan perkahwinan atau perceraian atau rujuk tidak akan didaftarkan dan akan dikenakan penalti-penalti tertentu. 
Yang paling penting, perkahwinan hendaklah didaftar untuk membolehkan mahkamah syariah mempunyai bidang kuasa untuk mendengar, memerintah dan membantu pihak-pihak terlibat terutamanya wanita dan anak-anak. 

Antara isu-isu dalam kes Hafiz Hamidun dan Siti Arifah:
  • Perkahwinan diakad di luar Malaysia tanpa keizinan dan tidak didaftar. 
  • Taklik oleh suami dalam bentuk taklik (tersurat) iaitu secara WhatsApp (bertulis) yang memerlukan niat untuk membuktikan kesahihannya. Taklik tidak akan berlaku sehingga Mahkamah Syariah mengesahkannya. 
  • Adakah perceraian terdahulu telah didaftar?
  • Sekiranya dia seorang janda, perlu mengemukakan satu surat perakuan cerai yang sah, yang dikeluarkan di bawah undang-undang yang berkuatkuasa pada ketika itu. 
  • Due deligence oleh pejabat agama iaitu langkah-langkah sepatut (reasonable steps) diambil bagi memastikan tidak ada pihak yang akan terjejas. 








Kesimpulannya: 
  • Jangan kahwin tergesa-gesa. 
  • Pastikan syarat-syarat nikah mengikut hukum syara' dipenuhi juga mengikut undang-undang yang sedia termaktub. 
  • Perceraian juga sama seperti di atas.
  • Yang tidak ada ilmu, jangan tokok tambah dan menjadi hakim tanpa tauliah. 
  • Jangan jadikan media sosial untuk mengaibkan pasangan masing-masing. 
By the way, it really bothers me, why the Islamic Religious Office given the permission to marry
  • Pending her certificate of divorce
  • her status as 'tidak berkahwin'
  • photoshoot wedding picture with her three years old child
Wallahua'a,. Ini adalah pandangan peribadi dan akademik. 

Pensyarah Undang-undang Keluarga Islam dan  Undang-undang Keluarga Sivil
Kuliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim 
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia


from The Reporter http://ift.tt/2v8gkHv
via IFTTT