'Padehal dulu dia pun sama' - Aziz M. Osman


Semalam, pengarah filem, Aziz M. Osman memuat naik tweetnya yang dipercayai sebagai respon terhadap isu pelakon kayu yang dibangkitkan oleh Que Haidar dalam sebuah group Facebook baru-baru ini. 

Dalam tweetnya itu, Aziz hanya mampu tersenyum melihat pelakon lama kutuk pelakon baru, sedangkan pelakon itu dulu juga sama. 

"Cuma mampu senyum pelakon lama kutuk pelakon baru. Padehal dulu dia pun sama," tweet Aziz semalam. 


Terdahulu, pelakon senior, Que Haidar meluahkan rasa kesalnya terhadap beberapa pelakon baru yang tidak dinamakan itu di Facebook group, Movie Addict, tidak hadir ke bengkel-bengkel lakonan anjuran Finas di bawah kelolaan Puan Fatimah Abu Bakar, Fauziah Nawi, Elly Suriati Omar, Zul Huzaimi. 


Membalas tweet Aziz itu, Que Haidar mempersoalkan apakah dengan alasan 'pelakon baru' menyebabkan mereka tidak boleh ditegur? 

"Adakah dengan alasan 'pelakon baru' mereka sampai tak boleh buat apa-apa effort untuk perbaiki diri dan sampai tidak boleh ditegur?" tweet Que. 


Sebelum itu juga Que mendedahkan dari awal pembabitannya dalam industri hiburan ini dia sering meluangkan masa untuk menghadiri mana-mana bengkel lakonan, malah mengambil inisiatifnya sendiri untuk memperbaiki mutu lakonannya. 

"Dari awal kemunculan dan sampai sekarang saya akan luangkan masa untuk hadiri mana-mana bengkel lakonan. 

"Saya pernah mengupah acting coach sendiri apabila pihak produksi tidak menyediakan acting coach, dengan menggunakan payment yang saya dapat. Selain itu saya membuat persembahan monolog di rumah dan memanggil rakan-rakan rapat untuk menonton dan sekaligus berbincang selepas persembahan (skrip dan latihan monolog cari sendiri) sebab saya tahu bila on set saja, orang pandang kita as a profesional actor. 

"Tuan director tiada masa nak ajar kita berlakon. Nak belajar or bereksperiment semua itu dalam class. On set dah kena 'jadi'. That's how serious I am as an actor.

"Jadi mereka-mereka yang malas mencari ilmu ini, jangan jadi sampah/pelacur dalam industri ini because acting sangat besar maknanya bagi mereka yang serius dengan acting. Please shows some respect pada kami terutama pada kerja anda," katanya. 


Tidak dinafikan Que sememangnya pelakon yang amat mementingkan mutu dan hasil lakonannya seperti yang pernah diceritakan oleh pengarah filem Mamat Khalid, di mana sewaktu mengarahkan filem Rock, QUe seringkali tertekan apabila lakonannya tidak begitu menjadi. 


Dalam laporan mStar 22 Februari 2013, Mamat Khalid dilaporkan pernah memarahi Que sehingga pelakon itu menangis kerana lakonannya seperti kayu dalam awal penggambaran filem Rock Oo. 

"Ketika penggambaran Rock Oo dijalankan, sudah lama dia tidak berlako. Tetapi apabila melihat dia berlakon macam kayu, rasa geram pula kerana dia macam kehilangan sesuatu lalu saya memarahinya sehingga dia menangis," kata Mamat Khalid. 

Bagaimanapun, keadaan itu hanya untuk beberapa hari sahaja selepas Que berjaya kembali pada dirinya yang asal selepas dibantu oleh Khir Rahman, Sofi Jikan, Pekin Ibrahim dan Norazmi Baharon yang banyak membantunya. 

Sementara itu, Que pula berkata dia menjadi tertekan selepas dimarahi oleh Mamat Khalid dan hilang keyakinan diri serta risau jika penonton tidak berpuas hati dengan lakonannya dalam filem itu. 

"Memang saya tertekan ketika itu sehingga menangis. Mana tidaknya, jika lakonan saya macam kayu, sudah pasti mereka akan kecewa," katanya. 

Walaupun Aziz dan Que mempunyai pandangan yang berbeza, masing-masing mengambil berat pada industri ini dan tidak salah melontarkan pandangan mahupun teguran agar mutu lakonan para pelakon di negara kita bertambah baik. Mungkin pada Aziz, teguran Que tidak kena nadanya dan mungkin teguran itu boleh dilontarkan dengan ayat-ayat yang lebih baik dari sebelumnya. 


from The Reporter http://ift.tt/2uX6Xp0
via IFTTT