Pelajar dibunuh dengan kejam oleh sekumpulan lelaki kerana keluar dengan gadis idaman mereka


THAILAND - Seorang pelajar lelaki dibunuh dengan kejam oleh beberapa pelajar yang lain hanya kerana mangsa keluar bersama seorang pelajar perempuan yang popular di univerisiti mereka. 

Kejadian yang menggemparkan itu dilaporkan berlaku pada 26 Ogos, di Chaiyaphum. 

Menurut laporan media tempatan ketika kejadian pada malam itu, mangsa telah keluar bersama seorang pelajar perempuan berusia 18 tahun bersama lima lagi pelajar yang lain. 

Mangsa dengan pelajar perempuan itu kemudian berjalan ke tempat letak kereta untuk mengambil motosikalnya dan pada ketika itu mereka didatangi sekumpulan lelaki yang mendakwa diri mereka sebagai pelajar senior di universiti sebelum mengejar pasangan berkenaan. 

Bimbang dengan keselamatan diri, mangsa dan pelajar perempuan itu kemudian melarikan diri dengan motosikal dan dikejar oleh kumpulan berkenaan. 

Malang tak berbau, pasangan berkenaan hilang kawalan lalu terjatuh dari motosikal kerana ditendang oleh salah seorang dari kumpulan terbabit. Kumpulan itu kemudian bertindak dengan lebih agresif dan membelasah mangsa. 

Pelajar perempuan berkenaan cuba merayu agar kumpulan itu berhenti memukul mangsa, namun tidak diendahkan. Malah beberapa lelaki dari kumpulan itu mengambil batu di tepi jalan dan memukul kepala mangsa dengan batu sehingga terjatuh di jalan sebelum kesemua mereka melarikan diri dari tempat kejadian. 


Polis menerima panggilan kecemasan segera datang ke lokasi kejadian pada jam 3.30 pagi dan menemui mangsa terbaring di tepi jalan dalam keadaan berlumuran darah berhampiran sebuah premis dengan sebahagian otaknya terdedah. 

Siasatan awal mendapati, sekumpulan lelaki berkenaan cemburu dan marah pada mangsa kerana keluarga dengan pelajar perempuan itu yang mana mereka semua menyimpan perasaan terhadapnya. Jadi, mereka merancang untuk 'mengajar' mangsa kerana keluar bersama gadis idaman mereka. 

Polis telah berjaya mengenal pasti identiti kesemua pelajar senior yang terlibat dalam kejadian itu dan akan mendedahkan kesemua nama mereka tidak lama lagi. 

Sumber: Sin Chew, World of Buzz


from The Reporter http://ift.tt/2vkXg8V
via IFTTT