'Poyolah! Nak pinjam RM2,000 pun berkira!' - Diherdik kerana enggan bantu kawan bayar hutang kereta Volkswagen
Hubungan sebagai rakan sama ada rapat ataupun sebaliknya, tidak menjamin bahawa kata-kata mereka boleh dipercayai apabila melibatkan wang. Jangan jadi seperti individu ini yang tak pandai ukur baju di badan sendiri.
Difahamkan, perempuan ini pernah meminjam wang dari rakan, tetapi sehingga kini masih belum dilangsaikan. Namun, oleh kerana kereta Volkswagen miliknya tiba-tiba 'meragam', dia terpaksa meminjam wang sebanyak RM2,000 dari rakannya itu.
"Sorrylah, bukan tak nak bayar tapi kereta aku ini meragamlah pula. Aku betul-betul tak ada duit ni.
"Aku nak pinjam sikit, dalam RM2,000. Tak dapat RM2,000, RM1,000 pun jadilah. Kereta aku dah nak kena tarik tu," katanya.
Si rakan cuba menasihat perempuan itu untuk menukar keretanya kepada kereta yang lain yang lebih murah dan jimat. Namun tidak diendahkan dan dia memberikan pelbagai alasan untuk mengorek duit dari rakannya itu.
"Aku bayar duit maintance kereta aku. Pastu aku terguna bayar bil data aku. Sorry Cda (Shida). Mana boleh aku tukar, aku sayang sangat kereta aku itu. Susah payah aku dapatkan," katanya.
"Dah tu, sekarang kau sanggup pinjam duit orang semata-mata sebab (nak bayar) kereta? Dari awal aku dah ingatkan, pakai kereta yang kau mampu nak bayar," balas Shida.
Tegas Shida, dia masih boleh menerima jika rakannya itu meminta tolongnya sekali dua, tetapi sudah banyak kali dia mengulangi perbuatannya. Sedangkan Shida juga mempunyai tanggungannya sendiri.
"Bolehlah Cda, siapa lagi nak tolong aku? Kau tak kasihan kat aku ke? Nanti aku buat overtime banyak-banyak, aku bayar balik duit kau," rayunya.
Enggan mengendahkan rayuan perempuan itu, Shida tetap dengan keputusannya dan memintanya menjual saja kereta import itu.
"Tak boleh beb, bukan tak nak bagi pinjam tetapi hutang yang lepas pun kau tak habis bayar. Kau jual sajalah Volkswagen kau tu.
"Pakai kereta yang murah, tak pening kepala. Jangan jadi hamba kereta. Kereta nak menyenangkan kita, bukan menyusahkan kita," kata Shida.
Tidak hairanlah mengapa perempuan itu tetap berkeras meminta bantuan dari Shida. Rupa-rupanya dia tahu rakannya itu mempunyai perniagaan sendiri. Lantas meminta Shida menggunakan hasil keuntungan perniagaannya membantu dia.
Shida masih tetap dengan keputusannya. Malah menjelaskan hasil keuntungan perniagaannya tidak boleh diusik kerana itu adalah prinsip dan etika dia berniaga.
Berang dengan jawapan Shida, akhirnya perempuan itu mengamuk dan mula melemparkan kata-kata yang tidak sepatutnya.
"Poyolah! Pinjam sikit pun nak berkira. Orang yang berkira macam kau ni tak ke manalah. Bajet!
"Menyampah pulak aku dengan kau! Dah senang, lupa kawan!" bentaknya.
"Haha! Aku pula yang kena. Kau pun, masa susah cari aku. Masa senang, tak ada pula nak tegur. Sorry tak dapat tolong. Carilah orang lain yang sanggup tolong.
"Nasihat aku, tukarlah kereta itu dan jaga adab okay," katanya.
Sentiasa beringatlah kita semua, tidak semua kawan yang benar-benar menghargai kita sebagai kawan. Kebanyakan mereka hanya tahu mempergunakan kita apabila mereka berada dalam kesusahan. Berhati-hati memilih kawan.
Sentiasa beringatlah kita semua, tidak semua kawan yang benar-benar menghargai kita sebagai kawan. Kebanyakan mereka hanya tahu mempergunakan kita apabila mereka berada dalam kesusahan. Berhati-hati memilih kawan.
from The Reporter http://ift.tt/2vdCT9C
via IFTTT