SUNGAI PETANI, KEDAH - Seorang remaja berusia 16 tahun dipukul dan dirogol dua lelaki yang juga merupakan abang kandungnya sendiri di kediaman mereka, lapor Harian Metro.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintendan Saifi Abd Hamid berkata, kejadian itu berlaku selepas bapa mereka meninggal dunia pada Jun 2015, apabila suspek berusia 18 tahun merogol mangsa ketika mereka bersendirian di rumah.
Menurutnya, mangsa juga diugut akan dicederakan oleh suspek jika menceritakan kejadian itu kepada orang lain.
"Suspek berusia 20 tahun pula ditahan kerana sering memukul dan memaksa mangsa melakukan perbuatan mencuri sejak tahun 2013.
"Ibu mereka yang menghidap kanser rahim ketika kejadian menerima rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim, menyebabkan suspek mengambil kesempatan untuk melakukan perbuatan itu," katanya.
Kali terakhir mangsa dirogol adalah pada 30 Julai lalu. Mangsa menceritakan kejadian itu kepada ibunya, namun tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak polis kerana tidak berdaya ekoran masalah kesihatannya.
"Malah mangsa turut pernah dipukul dan diseret atas jalan tar menyebabkan kesan parut di badannya kekal sehingga kini.
"Mangsa yang tidak tahan diperlakukan oleh kedua-dua abangnya kemudian membuat laporan polis semalam sebelum dua lelaki itu ditahan," katanya.
Suspek berusia 18 tahun yang merogol adiknya direman bermula hari ini sehingga 23 Ogos. Manakala suspek yang memukul adiknya direman sehingga 20 Ogos ini.
Kes disiasat mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
from The Reporter http://ift.tt/2v4qxzM
via IFTTT