Empat beradik ditinggalkan bersendirian di rumah, sementara ibu mereka pergi bercuti di Jerman selama 11 hari
IOWA, AMERIKA SYARKAT - Empat kanak-kanak ditemui bersendirian di rumah minggu lalu selepas ditinggalkan ibu mereka yang pergi bercuti ke Jerman selama 11 hari, lapor Daily Mail.
Polis di Johnston, Iowa mengarahkan pihak kebajikan memeriksa rumah Erin Lee Macke,30, pada 21 September lalu selepas mendapat maklumat dua anak kembarnya (lelaki dan perempuan) berusia 12 tahun dan dua lagi adik perempuan mereka masing-masing berusia 7 dan 6 tahun ditinggal bersendirian di rumah.
Hasil siasatan mendapati, kanak-kanak itu bukan sahaja ditinggalkan bersendirian, malah Macke juga turut meninggalkan sepucuk pistol kepada mereka.
Difahamkan, Macke meninggalkan pistol jenis Glock 9mm di atas almari pakaiannya, yang masih dipenuhi dengan peluru hidup.
Kanak-kanak itu memaklumkan, ibu mereka telah pergi ke Jerman sehari sebelum dan tidak merancang untuk pulang dalam masa terdekat sehingga 1 Oktober 2017.
Polis kemudian telah menghubungi Macke yang berada di luar negara dan wanita itu memberikan alasan yang pengasuh anaknya terjatuh, lalu dia mengambil keputusan untuk meninggalkan anak-anaknya di rumah begitu sahaja.
GAMBAR MACKE BERCUTI DI JERMAN
"Siasatan mendapati bahawa Macke langsung tidak membuat sebarang persediaan untuk mengupah orang dewasa untuk menjaga anak-anaknya ketika dia bercuti ke Jerman," menurut jurucakap polis.
Polis kemudian tidak menerima alasan Macke, lalu meminta wanita itu pulang ke rumahnya segera.
Selepas empat hari kemudian, Macke pulang ke rumah pada malam Rabu. Polis kemudian menahan Macke pada pagi Khamis dan didakwa di atas empat pertuduhan membahayakan anak-anak dan meninggalkan senjata api secara terbuka di rumahnya.
Di Iowa, seorang kanak-kanak tidak cedera atau dibunuh akibat berada dalam keadaan bahaya, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara selama dua tahun atau satu tahun bersama dengan denda $625 hingga $6250. Manakala kesalahan yang melibatkan senjata api pula boleh dihukum penjara setahun dan denda dari $315 hingga $1,875.
GAMBAR MACKE BERSAMA EMPAT ORANG ANAKNYA
Tidak dapat dipastikan apa sebenar tujuan Macke bercuti di Jerman. Namun difahamkan terdapat sebuah pesta arak, 'Oktoberfest', yang akan dianjurkan di Munich di mana ia akan diadakan selama dua minggu bermula 16 September sehingga 3 Oktober.
from The Reporter http://ift.tt/2xSCVYR
via IFTTT