'Hang ambik Form 6? Alahai Fairuza, lekehnya..' - Gadis dihina kerana ambil F6


Entah di mana silapnya sehingga individu ini tergamak dan sengaja menghina gadis ini yang membuat keputusan untuk masuk Tingkatan 6. Ini kerana dia menyangka gadis itu mungkin sedang belajar peringkat diploma berikutan seringkali berbahasa inggeris di Instagramnya. 

"Aku nampak hang masuk Mahsuri hari itu, ambil form 6 ka? Alahai Fairuza, lekehnya. Aku ingat hang speaking kat chat ini, ambil diploma. Rupanya form 6. Lekeh," kata Kereta Sewa Perlis.

Enggan berdiam diri dihina oleh individu yang tidak dikenali itu, Fairuza kemudian membalas dan memberi penjelasan mengapa dia memilih untuk masuk Tingkatan 6. Berikut mesej beliau:

"FYI, Form 6 is much better than your keretasewa what so ever. Bukan aku nak kutuk kerja kereta sewa, sebab aku tak nampak pun keburukan kereta sewa ini. Tetapi disebabkan manusia yang macam ini, I've no longer patient dude. 

"Bukan saja-saja aku masuk Form 6, kalau bukan disebabkan bright future, tak ada aku masuk Form 6. Memang ada diploma foundation matriks, tapi rezeki, kan? 

"Hak alah mamat ini bising dia kemain, macam dia dah ada PhD. FYI, Form 6 punya sistem dah upgrade. My STPM's certificate kalu aku flying colours boleh bawa aku belajar oversea. Plus, lepas STPM kalau ada rezeki boleh sambung degree terus. Sangat menjimatkan masa aku. 

"Kau apa tahu? Tahu kutuk orang punya haluan? Sedihlah Melayu sekarang. Otak cetek tapi berlagak macam IQ tinggi. Kalau tak ada benda faedah, baik tutup mulut dan jaga kereta sewa elok-elok. 

"Oh by the way, FYI itu short form bagi 'for your information'. This note aku buat takut tak faham pula, kan," balasnya. 


Mungkin kata-kata Fairuza itu membuatkan individu terasa, lalu dia menyatakan bahawa dia sedang buat degree dan perniagaan kereta sewa itu bukan miliknya, sebaliknya milik bapanya. Dia hanya menggunakan akaun itu untuk menghina Fairuza. 

"Aku tengah buat degree, bodoh. Kereta sewa bapak aku punya," katanya. 



from The Reporter http://ift.tt/2wU21Wb
via IFTTT