'Itulah isteri kita, dia makhluk yang paling ajaib pernah kita jumpa'


Sebelum kahwin dengan selepas kahwin adalah berbeza. Tetapi lelaki perlu tahu bahawa perangai atau mood isteri memang tidak menentu. Kejap-kejap boleh jadi baik, kejap-kejap boleh jadi merajuk dan bagai. Tetapi, sebagai suami, tidak perlulah menjadi api untuk melawan api. Sebaliknya bersabar dan lakukan seperti apa yang dilakukan oleh lelaki ini. Tidak perlu bertikam lidah, tidak perlu marah-marah, InshaAllah semuanya dipermudahkan.

"Abang keluar sekarang! Saya tak suka tengok muka abang!"

Saya ambil kunci. Ambil anak dan masuk kereta. Tidak lama kemudian, isteri call dan tanya:

"Abang pergi mana? Kenapa tinggalkan saya?"

Allahu. Saya patah balik dan masuk rumah. Sampai di rumah, isteri kata:

"Kalau nak keluar, keluarlah. Saya tak paksa pun abang nak pergi mana!"

Saya duduk di depan pintu, serba salah nak keluar ke nak masuk ni. Masuk nanti salah, keluar lagilah salah. Akhirnya saya duduk saja di tepi rak kasut.

"Abang ni, kenapa duduk situ? Kotor, kan? Masuklah!"

Saya pun masuk ke dalam rumah dengan anak sekali. Kami duduk macam tetamu yang datang nak beraya. Terasa asing di rumah sendiri. Duduk sampai tertidur. Sedar-sedar saja, isteri sudah baring di riba. Habis basah air matanya membasahi seluar saya.


Nak bagitahu apa? Itulah isteri kita. Dia makhluk yang paling ajaib pernah kita jumpa. Dia tiba-tiba macam bidadari dari syurga, kadang-kadang macam geram je kita rasa. Kadang nak cubit secubitnya.
Allah ciptakan mereka untuk kita. Tak percaya? Buka Al Quran dan bacalah.

Kita yang lelaki ini boleh tegak berdiri. Perempuan ini memang, memang dia punya senget dan kona boleh lari sana sini. Sabarlah, itu sahaja Allah pesan pada kita. Kalau tak boleh sabar, gigitlah pokok pisang tu berkali-kali!



from The Reporter http://ift.tt/2y19wt2
via IFTTT