SAYA nak tanya pendapat dengan semua orang yang sudah berumahtangga. Saya sudah berkahwin tiga tahun dan mempunyai seorang anak. Masalah yang saya hadapi sekarang ini ialah, tentang suami saya. Saya minta maaf jika apa yang saya luahkan ini tidak digemari oleh sesetengah pihak.
Sejujurnya saya cakap yang saya ini agak pembersih orangnya. Saya tidak boleh nak hidup bersama dengan suami saya yang agak pengotor. Sampaikan saya sendiri sudah tiada nafsu untuk bersama dengan dia lagi.
Apa yang saya perasan tentang dia ialah, dia suka membiarkan kukunya panjang sampai kehitaman. Selepas itu, bila nak bersama itu, faham-faham sajalah. Memang seramlah rasanya sampai nak menangis pun ada. Selain itu, dia jarang menggosok gigi. Dua tiga hari, baru sekali saja dia menggosok gigi. Awak rasa apa perasaan saya dengan perangai suami begitu? Hahaha!
Bukan itu sahaja, boxer atau seluar dalam yang selalu dipakai itu juga sama. Dua tiga hari kemudian baru tukar. Saya geli tahu tak? Seluar jeans pula kalau dia pakai, dia takkan terus nak basuh. Sebaliknya dia akan simpan seluar yang telah dipakai itu di belakang pintu, banyak-banyak. Dia ingat saya ini tak rimas dan tak loya ke hidu bau busuk dalam bilik itu?
Ada banyak lagi tentang dia tetapi saya dah tak larat nak menaip. Saya bukan tak pernah tegur, dah banyak kali saya tegur dia, sampaikan setiap sudut dan tempat saya tulis nota dan tampal. Tetapi dia jenis tak makan saman juga. Jujurlah saya cakap, saya dah tak boleh nak hidup bersama dengan dia. Bila dia minta, saya gelilah, saya tak ada nafsu dan saya tak dapat menerima sikap pengotornya itu.
Macam mana ye saya nak ubah sikap suami saya?
Sumber: Kisah Rumah Tangga
from The Reporter http://ift.tt/2wXsFyb
via IFTTT