Kepala berdarah, terhantuk pada bucu besi kerusi kereta


GALI, PAHANG - Seorang kanak-kanak lelaki mengalami pendarahan di bahagian kepalanya akibat terhentak pada bucu besi di bawah kerusi dalam kereta. 

Gambar mangsa yang cedera itu dimuat naik oleh ibu saudaranya, Farah Zahri, viral di media sosial, mencetuskan pelbagai reaksi netizen. 

"Korang yang ada anak buah ke, anak ke, what so ever, letak diorang dalam car seat. (Jangan) nanti jadi macam my nephew sebab emergency brake je," katanya di Twitter pada 19 September 2017. 



Difahamkan, ketika kejadian itu berlaku, mangsa yang dikenali sebagai Fayyadh, bersama dengan bapanya di dalam kereta. 

Namun tiba-tiba bapanya terpaksa melakukan brek kecemasan atas sebab-sebab yang tidak dinyatakan, menyebabkan mangsa terjatuh dan kepalanya terhantuk pada bucu besi di bawah kerusi bapanya. 

Menurut Farah, anak saudaranya itu sebelum ini memang duduk di belakang dan jenis duduk diam sahaja selama ini. Tetapi Farah bersyukur anak saudaranya itu tidak mengalami sebarang kecederaan yang serius. 


Salah seorang netizen berkata, bucu besi itu sepatutnya ada penutup bagi mengelakkan kecederaan pada kaki penumpang belakang. 

"Yup, tapi tak tahu mana pergi cover itu. Probaly my nephews main-main campak mana entah," katanya. 

Ekoran kejadian itu, ibu mangsa serik nak biarkan anaknya seorang diri duduk di belakang dan akan meletakkan anaknya itu di tempat duduk khas bagi kanak-kanak bagi mengelakkan kejadian yang sama berulang. 


from The Reporter http://ift.tt/2w7WE2P
via IFTTT