Apabila anak sudah berkahwin, ibu bapa perlulah memberi ruang untuk anak dan menantu membina hidup mereka sendiri. Namun dalam masa yang sama, anak masih perlu menjaga hati kedua orang tuanya dan tidak perlu mengabaikan hati dan perasaan isteri.
Tetapi dalam confession (Kisah Rumah Tangga Fans) wanita berusia 48 tahun ini, dia seolah-olah tidak dapat menerima kenyataan bahawa anak lelakinya itu 'dijaga' oleh menantunya sehingga dia mula mencari kesalahannya untuk dijadikan modal dirinya semakin membenci menantunya sendiri.
"Assalamualaikum admin yang budiman, hidekan profil makcik. Makcik berumur 48 tahun Alhamdulillah masih diberi kesihatan oleh Allah. Suami makcik sudah tiada dan makcik tinggal beraama satu-satunya anak makcik.
"Anak makcik sudah ada isteri namun isterinya tidak mahu bekerja padahal isterinya itu ada kelulusan degree. Anak makcik sudah dua tahun berumah tangga. Dua tahun itu jugalah makcik tinggal bersama menantu makcik di rumah.
"Menantu makcik solat lima waktu dan hormat orang tua, tetapi makcik suruh dia bekerja tetapi dia tak mahu dan dia ingkar arahan makcik. Yang buat makcik tak suka dan kadang-kadang benci dengan dia, dia suka tarik perhatian anak makcik, kalau makcik dah masak khas untuk anak makcik, dia pun nak juga masak untuk anak makcik. Yang paling sedih bila anak makcik puji masakkan dia, selama ni anak makcik hanya puji masakkan makcik saja.
"Sampai satu tahap makcik merajuk dan makcik tak nak beritahu mereka apa sebabnya. Bila makcik merajuk lari dari rumah, menantu makcik binggung dan cari makcik sampai buat report polis. Akhirnya makcik pulang. Namun hati makcik tetap tak tenang sampai makcik selalu doakan agar mereka bercerai." luahnya.
Sementara itu di media sosial, netizen berkata, tidak hairanlah ramai golongan menantu yang mengadu tentang ibu mertua kerana pemikiran ibu mertua seperti ini. Di mata ibu mertua, segalanya nampak tak betul, salah, sedangkan perangai ibu mertua sendiri pun ada yang tak betulnya.
"Sekarang ini bukan masa untuk makcik melayan anak. Anak dah berkahwin, biarlah isteri dia yang melayan. Sekarang masanya anak dan menantu yang melayan makcik. Baguslah makcik ada menantu yang boleh duduk di rumah, melayan makcik, bersembang dan jaga makcik.
"Zaman sekarang susah nak mencari menantu yang baik. Menantu itu tak nak bekerja mungkin sebab nak menemani makcik di rumah. Janganlah mendoakan sampai mereka bercerai. Ingat, doa ibu ini mustajab. Tak baik makcik doakan begitu," kata netizen.
from The Reporter http://ift.tt/2xz5Q3E
via IFTTT