Rumah sewa 'diganggu' sejak lima hari lalu


Meremang bulu roma setelah membaca apa yang diceritakan oleh lelaki ini. Perihal rumah sewanya yang seringkali menerima gangguan sehingga menyebabkan penghuninya berasa takut. Sehinggalah suatu hari, mereka nekad memasang GoPro di dapur dan lihat serta dengar apa yang berjaya dirakam itu.

NAK CERITA sikit tentang rumah sewa kami. Baru kena ganggu dalam masa lima hari ini. Di kawasan depan rumah kami, di depan itu ada kebun rock Mellon. Then dalam itu ada pekerja bangla, ada pondok apa semua. 

Mulanya pada Khamis, malam Jumaat minggu lalu, bangla di dalam kebun itu keluar. Masa itu aku baru balik dari kedai. Aku park kereta apa semua. Kemudian dia keluar, cakap kat aku,

"Sana tak boleh tidur, hantu kacau." 


Aku dah tak sedap hati. Kemudian kami semua nak keluar pergi KJP Penang, nak melawat kawan. Masa itu jam 11.30 malam. Sampai di KPJ jam 12.30 pagi. Selepas melawat semua itu, kami pergi makan nasi ketapang di Butterworth. Lepak apa semua dan sampai di rumah jam 2.30 pagi macam itulah. 

Kami cadang nak letak GoPro di dapur sebab nak tengok apa yang berlaku. Sebelum ini memang ada yang kena kacau, tapi tak adalah seteruk ini. Cuma seorang-seorang saja. Kali ini dia datang kacau berjemaah. 

Dah setup GoPro apa semua, kami tidur. Masa itu aku tak tidur lagi, duk scroll Instagram. Kemudian terdengar bunyi pinggan pecah. Ingatkan kawan duk tengok movie. Aku buat tak tahu. 

Masa itu kami semua ada tujuh orang di rumah. Tiga dah tidur, tinggal empat orang. Tiba-tiba kawan aku dari bilik sebelah call, suruh pergi ke bilik dia. Aku pun masuklah ke bilik dia. 

"Ada bunyi pinggan pecah?" 


Aku cakap ada sebab aku ingatkan diorang, rupanya bukan. Sambil-sambil duduk bersembang apa semua, tiba-tiba ada bunyi, 

"Tuk.. tuk.. tuk..." 

Dia ketuk pintu pula. Kami hanya biarkan saja. Tetapi makin lama makin kuat pula ketukan itu. Tidak berapa lama kemudian ketukan itu berhenti. Disambung pula dengan baling kaca. Kalau korang dengar bunyi kaca pecah itu, macam berkecai teruk, macam banyak gila kaca itu. 

Tak tahan, kami lari masuk ke bilik aku. Bermula dari dalam bilik aku, kami dengar macam ada harimau mengaum di dalam rumah sebanyak tiga kali diikuti dengan ketukan pintu macam nak pecah pintu belakang. Semua bunyi tadi datang dari belakang. 

Kami baca ayat apa semua, kemudian reda seketika. Kemudian bunyi harimau mengaum itu kembali lagi. Aku terus kejutkan semua housemates untuk berkumpul di bilik depan. Masa itu jam 5.30 pagi. Selepas itu tak kacau dah. 


Selepas waktu Subuh, kami tidur. Gila semalaman tak tidur, letih gila badan. Itu hari pertama kena. Keesokannya hari Jumaat, aku ajak semua kawan yagn mana rapat itu datang tidur ke rumah kami. Sebab takut jugalah, gila tak seram. 

Masuk hari kedua, disebabkan ramai, dia cuma kacau yang mana duduk dalam bilik saja. Ketuk-ketuk macam itu saja. Manja-manja sajalah dan kiranya gangguan dia dalam skala kecil sahaja, tak besar. Duk gelak-gelak lagi masa itu. Hari kedua pun sama sebab ramai. Kan Kedah cuti hari Jumaat dan Sabtu. So ramailah yang menapak di rumah aku ini. 

Masuk hari keempat (Ahad), yang ini paling kaw, paling gilalah kiranya. Dia menangis, gelak, baling kaca, main air, dah pandai flush tandas, siram apa. Semuanya datang dari bilik air belakang. 

Oh lupa, sebelum yang teruk ini, kami ada bersihkan rumah dan baca yassin dengan azan di setiap bilik. Selepas buat semua itu, kaw-kaw dia perform.

Hari keempat itu disebabkan ada class, jadi rumah kami hanya tinggal tujuh orang sahaja. Sunyi saja rasanya dan suram saja rasanya. Yang malam keempat itulah kaw-kaw sampai nak demam. Kejap panas, kejap sejuk badan ini. Bunyi dia menangis itu Ya Allah, bergema dalam rumah ini. 

Dia gelak pun sama, bergema dalam rumah. Padahal kami sembang tak bergema pun. Cara dia menangis itu, macam minta pertolongan. Sedih pun ada dengar dia menangis.


Gangguan bunyi-bunyi itu hanya sampai jam 5 pagi. Kemudian dia diam sampai budak di bilik depan berlari masuk, tidur sebilik dengan aku sebab tak tahan. Semua tak tidur, padahal esok ada class pagi. Masuk class itu ya Allah tak laratnya, mengantuk! Rasa nak marah tak stabil emosi sebab tak cukup tidur. 

Balik dari class itu selepas Zohor memang senyap rumah ini. Semua tidur dengan aman. Disebabkan Sultan Kedah mangkat hari ini, jadi kami tak ada class lah, kan? Jadi semalam semua lepak rumah aku. Ada 11 orang semua sekali. 

Semalam paling dia berani sebab masa dia kacau itu, semua orang dengar. Yang mana kuat, yang mana tak kuat itu semua dengar. Menggigil-gigil semua. Dengar dia menangis itu ya Allah, yang mana jantan ini pun cuak. Sampai situ sajalah gangguan buat sementara ini. Malam ini, tak tahulah. 

Kami ada panggil ustaz, malam ini dia datang. Kemudian rasa stress juga dengan benda itu, dengan kawan-kawan yang tak percaya dengan apa yang kami lalui. Akhirnya semalam, nah! Semua percaya! Semua dah tahu kenapa kami selalu bad mood bila pepagi pergi ke class. Jangan duk melawak dengan kami di waktu pagi. 

Nanti kalau ada cerita lagi, aku update. 




from The Reporter http://ift.tt/2h2a4a7
via IFTTT