Dah ditegur jangan merokok, akhirnya disembur dengan alat pemadam api


Seorang lelaki yang enggan membuang rokoknya ketika sedang mengisi gas di stesen minyak, akhirnya diberi pengajaran yang pasti akan diingatinya seumur hidup. 

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan seorang lelaki muda berpakaian putih dan memakai topi, keluar dari pintu penumpang sebuah kereta hitam sambil memegang sebatang rokok di jarinya. 

Malangnya perbuatannya itu disedari oleh seorang kakitangan stesen minyak tersebut yang telah menegur lelaki itu untuk membuang rokoknya kerana bimbang kejadian yang tidak diingini berlaku. 

Bagaimanapun lelaki terbabit enggan mengendahkan tegurannya setelah beberapa kali dipinta untuk membuang rokok di tangannya itu. 

Berang dengan kebiadaban lelaki itu, kakitangan berkenaan terus datang ke arahnya dan mengambil alat pemadam api di belakang pam tersebut, lalu menyembur muka lelaki itu. 

Tidak dapat dipastikan insiden itu berlaku di mana.







from The Reporter http://ift.tt/2xZ6YvP
via IFTTT