Julai lalu, pelakon, Zara Zya, 32, menjalani pemebedahan membuang ketumbuhan kelenjar di bahagian pipi kirinya. Namun semalam melalui Instagramnya, Zara memaklumkan dia sekali lagi masuk ke hospital.
Pelakon drama 'Love You Mr Arrogant' itu memaklumkan, kaki dan tulang belakangnya sakit akibat terlalu kerap memakai high heel sehingga menyebabkan dia tidak boleh berjalan.
"Kejadian semalam. Bila terjaga waktu pagi, kaki dengan tulang belakang saya sakit sangat, tak boleh jalan. Hasrat nak pergi shooting tergendala.
"Nervousnya masa itu Allah saja yang tahu. Hurmmm sebabnya ialah hari-hari pakai kasut tumit tinggi. Shooting pakai, masa jalan-jalan pakai. Nahhh, Allah tarik nikmat untuk seketika.
"Sekarang ini saya nak ingatkan semua para gadis, para wanita, please lah kurangkan pakai high heels okay. Alhamdulillah sekarang saya okay," katanya.
Sementara itu di media sosial, netizen juga menasihatkan golongan wanita tidak terlalu kerap memakai kasut tumit tinggi kerana ada kes di mana wanita mengalami 'slip disc' akibat memakai kasut berkenaan.
"Beban dari bawah tolak tulang kaki naik ke atas dan tulang punggung serta tulang belakang membengkok untuk masa yang lama, boleh kena slip disc," kata netizen.
from The Reporter http://ift.tt/2heW661
via IFTTT