'Kuku dan isi jari anak terpaksa dipotong gara-gara mainan ini'


SABAH - Seorang kanak-kanak lelaki berusia 2-3 tahun cedera parah di bahagian jari telunjuk tangan kanan akibat tersangkut dan terkepit dalam mainan. Menurut ibunya yang dikenali sebagai Chell berkata, kuku dan isi jari anaknya, Danish, terpaksa dipotong kerana sudah tidak dapat diselamatkan lagi. 

Gambar kejadian yang berlaku pada mangsa dimuat naik jam 3 petang itu tadi kini telah dikongsi 1,574 netizen di Facebook, mencetuskan rasa bimbang ibu bapa. 


"Ini anak saya. Peringatan untuk semua ibu bapa di luar sana. Mainan ini telah membuat kuku dan isi jari anak saya dipotong kerana sudah tidak dapat diselamatkan lagi. 

"Ya Allah, hanya dia yang mampu merasa sakit dan kekesalan di hati melihat anak menangis tak berhenti-henti disebabkan kecuaian diri sendiri. 



"Tengok benda ini seperti tidak membahayakan, tetapi inilah yang berlaku kepada anak lelaki saya. 

"Dia masukkan jari ke dalam lubang kecil itu. Kemudian tersekat dan dia cuba keluarkan jarinya secara paksaan sehingga terkoyak hujung jari serta hampir terputus sebab tekanan semakin kuat apabila tangan monyet itu ditekan. 




"Hati-hati buat anak-anak kecil di luar sana. Takut anak-anak berebut mainan, perkara seperti ini pula yang akan berlaku. Kulit anak kecil ini lembut dan memang sangat mudah hancur pada benda yang kita anggap tidak berbahaya tetapi sebenarnya berbahaya kepada mereka," katanya. 

Justeru, Chell berharap semua ibu bapa berhati-hati dan pastikan mainan anak-anak mereka selamat dan tidak memudaratkan.

"Jangan jadi seperti kes saya ini yang menyesal kemudian tiada gunanya. Hari-hari kena datang hospital untuk cuci luka Danish," katanya.


from The Reporter http://ift.tt/2i7qcLU
via IFTTT