"Mereka ajar macam mana nak beli rumah banyak tapi tak ajar apa yang perlu dibuat jika dikejar oleh pihak bank," demikian kata Shaari Anuar yang difahamkan sudah lama berkecimpung dalam bidang hartanah.
Beliau tampil memberikan pandangan dan nasihat kepada anak-anak muda agar tidak hanya melihat 'keindahan' dalam ilmu yang diajar individu yang berkongsi cara membeli rumah banyak. Sebaliknya memikirkan kesan dan risiko pada masa akan datang bagi mengelakkan diri ditimpa masalah.
Semoga perkongsian dari Shaari Anuar mengenai realiti dan risiko membeli hartanah ini memberi manfaatkan kepada kita semua.
KORANG jangan pandang yang indah saja tentang orang gaji RM2,500, kumpul enam buah rumah. Nak percaya pun, jangan bulat-bulat. Pengalaman saya sendiri mengumpul rumah, infact terlibat dengan pembinaan dan menjual rumah dah jumpa bermacam-macam ragam manusia.
Ada seorang itu, asyik kena kejar dengan pihak bank setiap bulan untuk payment. Susah dia nak tidur malam. Dia juga ada syarikatnya sendiri, tetapi masalahnya ialah dia selalu lambat bayar gaji kakitangan kerana dia nak selesaikan bayaran propertiesnya.
Memanglah rumah sewa ada penyewa tetapi jangan anggap rumah itu akan ada penyewa selama-lamanya. Bulan ini pindah, ingat bulan depan terus ada penyewa?
Itu belum termasuk kes penyewa sekejap bayar, sekejap bayar separuh dulu, sekejap bayar tertunggak, sekejap pura-pura terlupa nak bayar. Dan kena ada duit tambahan untuk maintenance, repair paip bocor, nak cat baru, wiring problem, dinding berlubang.
Korang ingat deposit dua bulan itu boleh cover? Cat undercoat untuk seluruh rumah saiz 20 x 70 pun makan kos ribu. Tak tahulah diorang buat semua itu sendiri atau bawa member sesama mereka bergotong-royong. Legal fee pun korang kena standby juga. Korang kena tahu berapa kosnya kerana nak selesaikan itu dan ini.
Ada seorang individu ini sanggup berlapar dan makan catu. Pantang dapat makan free.
Ada satu kes, tak nak langsung beli kereta. Dari bujang, kahwin sampailah ada anak, mereka hanya naik motosikal saja. Kalau diceritakan di Facebook, mesti ramai yang puji. Hakikatnya kasihan pada isteri berhujan dan berpanas bila pergi kerja. Nak kata tak berharta, rumah sewa pula berderet.
Kes yang taksub mencatatkan segala perbelanjaan keluar masuk pun ada juga. Setiap masa ada saja ledger debit kredit. Sangat berkira. Masalahnya kalau tak menyusahkan orang tak apa. Ini tidak, dia nak pergi ke mana-mana pun nak tumpang kenderaan member sebab takut terlebih bajet.
Ini cerita orang kaya, bukannya tak ada. Sehingga member dia sendiri pun naik menyampah.
Kisah seterusnya okay sikit dan tidak menyusahkan orang. Tetapi member-member tengok dia pula yang rasa kasihan. Time nak pergi kerja, balik kerja, sanggup berpeluh-peluh berjalan berkilometer sebab nak jimat dari bayar tren atau Uber. Bila waktu makan tengah hari, bawa keluar bekal. Bila petang sikit, member office keluarkan junk food atau biskut, dia lahap macam nak makan dengan plastik dan tupperware sekali.
Kalau begini perangainya, memanglah duit banyak hasil dari rumah sewa yang banyak.
Kisah ini pula kisah orang sudah berumur. Bila cerita tentang tanah atau rumah memang dia menang. Pernah isteri dia mengadu selama berkahwin, nak ajak pergi melancong dalam negeri pun si suami dah bising. Masa cuti sekolah, dia cuma bawa anak-anak pergi mandi di kolam awam.
Banyak lagi kisah yang saya boleh kongsi tetapi yang satu ini tak boleh blah. Katanya menuntut dengan sifu dia, pengumpul hartanah.
Semasa member ajak keluar makan, dia sengaja tak bawa wallet. Mula-mula orang ingat dia memang jenis pelupa. Tapi lama kelamaan kantoi juga temberangnya. Masalahnya wallet saja lupa. Makan, dan minum tak lupa pula?
Korang rasa okay ke hidup seperti ini? Terpulang pada masing-masing. Tetapi kalau saya, tak teringin menyeksa dan memperbodohkan diri. Bila mati nanti, orang lain berpesta gembira. Lainlah dah hibahkan siap-siap harta untuk kebajikan dan bawa ke alam akhirat.
Yang penting, jangan taksub dengan keindahan-keindahan seperti yang diceritakan orang lain. Kalau argue secara logik, korang sebenarnya dihina tak berilmu. Itulah hakikatnya. Kisah realiti sebenar, mereka letak bawah karpet. Jangan mudah terpengaruh. Janji kita rasa seronok dengan kehidupan kita sekarang.
Kasihan pada budak-budak yang baru nak up, yang tersilap langkah, hidup penuh dengan hutang, pagi petang siang malam memikirkan hutang dan teringat hutang.
Saya bukan berniat nak demotivated. Sebenarnya tak kisah pun korang nak beli 60 buah rumah sebelum meninggal. Beli sajalah kalau berkemampuan.
Tujuan saya berkongsi pandangan ini hanya sskadar mahu mendidik anak muda yang baru nak kenal dunia sebenar agar mereka tidak taksub dengan cerita-cerita separuh dongeng yang indah-indah saja ceritanya. Tetapi mereka tak cerita yang mereka perlu mengikat perut, catu makanan, dikejar pihak bank. Adik-adik tahu betapa azabnya kalau korang diburu oleh pihak bank?
Masa zaman saya baru nak up dulu (macam korang sekarang). Ada member join seminar hartanah untuk beli rumah banyak-banyak. Ada 'Tok Guru Rumah' ajar bayar downpayment guna kad kredit. Balik je, member terus follow. Atas kertas molek saja, bila praktil penuh zip zap berliku dan akhirnya kecundang. Dah kena interest 18% dengan penalti. Hutang semakin menimbun. Lebih teruk lagi, dia ada buat personal loan.
Ada satu kes sampai rumah tangga hancur. Kisahnya si suami join loan dengan isteri. Pihak bank call tanpa henti sampaikan isteri dia pun tertekan pada waktu itu. Apabila mertua masuk campur, akhirnya pasangan itu bercerai berai.
Yang biasa diajar pada budak-budak baru nak up adalah bagaimana nak dapatkan jumlah loan maksima untuk diluluskan. Bila terkandas, rumah tak dapat disewa, rumah lambat siap, tak ada pula mereka ajar apa yang perlu korang buat bila pihak bank kejar.
Sebenarnya tak semua orang bernasib baik. Ada orang, selepas kahwin duduk di rumah mertua. Sewa tak payah bayar, bolehlah buat bayar beli rumah banyak-banyak. Kemudian bangga. Ada orang, anak-anak tak payah hantar ke nursery, maid tak perlu bayar. Hantar saja pada mak dan ayah, jadi orang gaji. Cuti sekolah, angkut semua sekali. Semua sebab nak berjimat, nak berlumba rumah siapa yang paling banyak sebelum mati.
Nak motivate anak muda, niat itu dah betul tetapi ayat yang digunakan untuk menyampaikan mesej itu perlu diperbetulkan. Cakap anak muda manja dan tak ada ilmu, tak semudah itu. Baru-baru ini saya jumpa fresh graduate bergaji RM2,000, di mana dia perlu menanggung lapan adik-beradiknya. Kasihan. Manjakah mereka?
Itu tak termasuk lagi individu yang menulis melahanatkan budak bergaji RM2,000 beli Myvi. Kasihan pada mereka. Masihg-masing ada lifestyle tersendiri. Tak semua orang sanggup berpanas hujan bergadai nyawa di jalan raya.
Apapun, bab hutang ini jangan main-main. Kalau dah meninggal, even ada MRTA, rumah banyak, selagi tak diselesaikan, isteri kena bayar setiap bulan. Nak settle MRTA ini pun bukan ambil masa sebulan dua.
Korang yang suka kumpul hutang ini pernah terfikir tak kalau kena buang kerja atau tak mampu bekerja? Macam mana?
Ada clients saya, kena buang dari syarikat minyak dan gas. Selama ini dia tak terfikir dengan gaji besar, syarikat terkenal boleh buang pekerja. Rumah ada banyak, cuba nak refinance, malangnya pihak bank tak layan. Hutang bank dah keliling pinggang. Rumah dah ada yang nak kena lelong. Hidup penuh stress.
Pokoknya, nak ajar cara betul ajar tentang pentingnya duit kecemasan. Kerja kuat, cari kerja yang bagi unlimited income. Ada cash back up kuat, jiwa lebih tenang. Hutang ini macam api, ada masanya boleh kawal dan kita pun senang. Tetapi apabila api dah besar, ianya akan membakar diri.
Berhati-hatilah anak-anak muda.
Tolong SHARE agar ramai anak-anak muda yang mendapat manfaat dari abang otai yang masih berdosa.
Sumber: Shaari Anuar II
Sumber: Shaari Anuar II
from The Reporter http://ift.tt/2k0BB0T
via IFTTT