Keputusan seorang murid Darjah 1
KESAN hari ini: KECEWA kerana kedudukan dalam kelas 22/32 walaupun semuanya A. Bertambah seorang lagi Mental Stress Disorder mungkin?
Sampai bilakah senario seperti ini terus DIBENARKAN untuk berlaku dalam masyarakat kita? STOP saying, "There's nothing we can do." "The system requires the child to read." "The system this.. the system that..."
Sampai bila? Tidakkah kita yang dewasa ini ada akal dan fikiran yang boleh berfikir dan mengimbangi apa yang perlu dan apa yang tidak perlu?
Ya, kita STUCK dalam sistem. Boleh tak kita HENTIKAN KITARAN JAHAT (Vicious Cycle) ini? Boleh tak kita move on with our life, dengan tidak kisahkan jika anak kita boleh atau tidak? Sebab secara saintifiknya, anak-anak ini boleh survive, boleh belajar, boleh hidup, jika kita benarkan mereka menjadi diri mereka.
PERCAYA KEPADA PROSES
Bukan percaya kepada HASIL yang PROSESnya melibatkan tekanan seperti ini. Saya kasihankan anak-anak kita yang kecil-kecil lagi sudah mengalami tekanan jiwa.
Alternatifnya Parents?
- Sama ada pihak sekolah memberi tekanan atau tidak, TOLONG ABAIKAN.
- Sama ada anak kita masuk kelas terakhir atau tidak, TOLONG ABAIKAN.
- Sama ada kawan-kawan kita nak banding-bandingkan anak-anak, TOLONG ABAIKAN.
- Sama ada ahli keluarga kita mahu mengherdik anak kita atau tidak, TOLONG ABAIKAN.
KENAPA? Kerana ANDA lebih tahu SIAPA ANAK ANDA!
Apa yang perlu anda lakukan?
Berikan sokongan MORAL. Percaya pada kebolehan anak anda. Multiple Intelligence ada banyak, jikapun ianya bukan di bidang berkaitan akademik, ada banyak lagi Intelligences yang lain. Dalam AlQuran tercatat 14 Multiple Intelligence, Howard Gardner baru jumpa 9. Kenapa Howard Gardner yang buat kajian? Kenapa tidak kita?
Kayu pengukur bukan hanya PEPERIKSAAN. Ada banyak cara lain. Adakah kita semua bersedia untuk menggunakan Kayu Pengukur yang lain? Tepuk dada, tanya selera. Kita ada akal, kita perlu berfikir.
Jom! HENTIKAN KITARAN JAHAT ini segera. 10 tahun akan datang, dunia tidak lagi melihat bilangan A. Saya ulangi kata-kata ini (semenjak tahun 2014 lagi), 'anak anda boleh survive jika mereka ada SKILL, bukan bilangan A'. Dah bersepah di luar sana dengan hanya cantik atas KERTAS, tetapi tidak boleh bekerja.
PLEASE CHANGE.
(Gambar - sumber dari kenalan rapat)
#stoptheviciouscycle
#hentikankitaranjahatini
#ubahpendidikan
#ubahmetodpendidikan
Sumber: Dr. Putri Afzan Maria Zulkifli
from The Reporter http://ift.tt/2ioj4YO
via IFTTT