'Baru 3 bulan berkahwin, namun saya diceraikan dengan talak tiga ketika hamil 10 minggu'


Hancur luluh hati isteri apabila suami tergamak menceraikan dia di kala dia sedang hamil 10 bulan. Alasan yang diberikan sangat tidak munasabah, sedangkan bekas suami yang banyak mementingkan dirinya berbanding confessor.

Usia perkahwinan tiga bulan berakhir dengan confessor diceraikan dengan talak tiga. Bekas suaminya lebih rela memilih perempuan lain yang baru dikenalnya. Akibatnya? Si suami yang tidak bersyukur itu kini menanggung akibat dari perbuatannya sendiri. Semoga menjadi pengajaran kepada semua. Jangan berkahwin selagi belum bersedia. Sudah berkahwin, hargai pasangan masing-masing.

SAYA diceraikan suami talak tiga saat usia kandungan saya baru berusia 10 minggu. Sekarang kandungan saya sudah berusia 32 minggu. Orang bertanya, boleh ke cerai ketika isteri tengah mengandung? Jawapnnya boleh, sebab diceraikan talak tiga dan berniat. Tujuan saya nak berkongsi cerita di Kisah Rumah Tangga ini bukan nak membuka aib sesiapa, cuma saya nak meluahkan apa yang terpendam. 

Saya baru berkahwin tahun ini dan bercerai juga tahun ini. Alasan suami meninggalkan saya sangatlah tidak munasabah. Dia kata saya panas baran, tidak pandai menjaga suami. 

Okey, bab panas baran. Malam sebelum dia menceraikan saya, saya ada menegurnya sikit. Salahkan saat saya ada tumpah darah (tak teruk dan alhamdulillah baby selamat) dia boleh enjoy dengan keluarga dia buat BBQ dan tak balik ke rumah? Saya bersendirian di rumah menahan sakit. Salahkah saya marah? Kategori panas baran ke begitu? 

Bab tak pandai menjaga suami pula. Saya mengandung anak pertama dan mengalami alahan yang teruk. Setiap hari morning sickness, tetapi kebajikan dia tetap saya jaga. Makan dia, pakai dia saya tak abaikan semua itu walaupun dia tahu saya ada alahan dengan bau masakan. Tak pandai jaga suami lagi ke macam tu? 

Masa dalam proses cerai, bekas suami kantoi keluar tengok wayang bersama perempuan lain. Allah nak tunjuk kuasa Dia. Mereka satu panggung dengan kakak ipar saya, bersebelahan seat. Saya 50/50 nak percaya kebenaran ini. Dan sekali lagi Allah nak tunjuk kuasa dia. Dia bersama perempun itu terserempak dengan kawan saya di shopping mall. Saya masih berat hati nak percaya. Saya berdoa dan meminta Allah tunjukkan kebenaran. 

Alhamdulillah, Allah Maha Mendengar. Dengan mata dan kepala saya sendiri, saya melihat dia bersama perempuan itu di atas motosikal berpelukan dan berselisih dengan saya di jalan. Luluh hati saya saat itu hanya Allah saja yang tahu. Terasa lemahnya saya, tak kuatnya saya nak menghadapi dugaan ini. 

Sampai pernah terfikir nak membunuh diri. Tetapi Allah memberi saya akal fikiran yang waras. Allah juga hadiahkan zuriat yang tak berdosa di dalam rahim saya. Kenapa saya nak sia-siakan zuriat saya? Demi zuriat saya, saya bangun dan kuat. Saya pikul amanah yang Allah bagi sendirian. 

Bekas suami mahupun keluarga dia langsung tidak mengambil tahu tentang saya dan anak dia. Mereka buat seolah-olah saya dan mereka saling tidak mengenali. Semasa saya masuk wad (masalah kandungan), tak ada seorang pun ahli keluarga bekas suami ataupun bekas suami yang datang melawat. Barang-barang anak jangan cakap, sedangkan kita sakit pun mereka tak ambil tahu. Bekas suami dan keluarganya lepas tangan begitu sahaja. 

Saya ada mesej bekas suami tetapi dia telah menukar nombor telefonnya. Begitu juga dengan bekas mertua. Saya mesej kakak ipar dan abang kepada bekas suami, hanya bluetick saja yang ditinggalkan.

Sebelum berkahwin, bekas suami saya hanya kerja main-main. Kerja itu sekejap, kerja ini sekejap. Sampailah kami bertunang, dia dapat kerja tetap sebagai kerani. Selepas enam bulan bertunang, kami nikah dalam masa suami kerja tak tetap. Saya yang banyak membantu dia dari segi kewangan.

Suami saya tak ada apa. Motosikal pun kena tarik. Saya yang banyak support dia. Ye, orang akan kata saya bodoh kerana masih setia bersama lelaki seperti itu. Tetapi bagi saya, itu satu dugaan sebelum kami hidup bersama. Sampai nak kahwin pun suami masih tak berduit. Saya yang banyak keluarkan duit. 

Sebelum bertunang, saya bekerja dan gaji agak lumayan. Saya berhenti kerja atas sebab yang tidak dapat dielakkan. Tetapi pengorbanan saya hanya sia-sia. Bekas suami lebih memilih perempuan luar yang baru dia kenal. Lalu saya ditinggalkan saat saya sarat mengandung, bila dia susah senang dan ada motosikal baru serta bebas hutang.

Selepas dia meninggalkan saya, bekas-bekas kekasih dia ada menghubungi saya dan meminta hutang bekas suami. Allah Maha Mengasihani, dia selamatkan saya dari lelaki dayus. Bekas suami saya banyak berhutang tanpa pengetahuan saya. Dia juga ada berhutang dengan lintah darat. Dia juga seorang kaki pukul, dia juga seorang kaki perempuan. Saya bersyukur Allah hanya jodohkan kami tiga bulan dia dia lepaskan saya dengan talak tiga.

Kepada orang di luar sana, janganlah kalian membuat mulut di atas sesuatu yang kalian tak tahu. Mungkin seronok bercerita tentang orang. Mungkin cerita saya menjadi topik utama orang-orang di sini tetapi saya tak salahkan mereka sebab mereka tak merasa apa yang saya rasa. Nasib kita sudah diatur Allah, nasib kita juga berbeza-beza. Bukan saya minta nasib seperti ini tetapi memang sudah tertulis.

Doakan saya selamat melahirkan. Maaf cerita saya agak panjang dan kalau ada yang kurang faham, maaflah. Saya tak pandai sangat bercerita.

Sumber: Kisah Rumah Tangga


from The Reporter http://ift.tt/2n4nF7g
via IFTTT