'Duit tinggal RM50, tapi isteri ajak makan siakap dan aku ikutkan je' - Apa yang terjadi selepas itu buat lelaki ini percaya isterinya pembawa rezeki


Tak rugi menunaikan kemahuan isteri asalkan apa yang dipinta itu tidak keterlaluan. Balasannya, rezeki yang mencurah-curah buat suami dan keluarga. Rezeki bukan dalam bentuk wang sahaja, malah dalam bentuk yang lain seperti kesihatan dan sebagainya. 

Seperti yang diceritakan oleh Jimmy Johari. Di kala perniagaannya 'down', isterinya ajak makan di sana sini (isteri beliau kuat makan). Diikutkan juga kehendak isteri tanpa menolak kerana tidak mahu melihat isterinya bermasam muka. Balasannya? Alhamdulillah. Semoga bermanfaat kepada semua.

KAU pernah dengar tak yang isteri itu pembawa rezeki? Pernah rasa tak? Memanglah tak pernah kalau kau belum kahwin lagi. Kahwin dulu, baru kau tahu. 

Bini aku ni kaki makan. Asal nampak saja benda baru, semua nak beli, nak cuba. Padahal benda itu kadang-kadang tak sedap mana pun. Tetapi disebabkan dah dia tekak biawak, aku ikutkan saja. Sampai kadang-kadang aku rasa bini aku ni tak reti nak berjimat ke? 

Aku pernah rasa macam nak marah je bini aku. 

"Sudah-sudahlah tu nak makan itu makan ini"

Tapi aku tak sampai hati dan aku ikutkan juga. 


Aku pernah dalam dompet ada RM50 saja. Sales tengah down, duit pun cukup-cukup nak restock barang. Masa itu jugalah bini aku ajak makan di kedai mamat Thailand, nak makan siakap. 

Aku dah termenung dah. Dalam dompet ada RM50 saja. Tetapi aku tak sampai hati nak cakap tak boleh, jadi aku ikutkan saja. Habis burn RM48 untuk makan. Tapi selepas habis saja makan, kau tahu apa yang terjadi? 

WhatsApp aku berdesup-desup masuk send detail payment. Alhamdulillah, boleh senang hati dah. Masa itu aku tak perasan lagi. 

Pernah satu hari, WhatsApp masuk bersepah-sepah. Aku dah closing habis baik dah. Tetapi macam biasa, selepas bagi harga, semua krik-krik. Menung kejap aku. Sehari tak ada sales. Padahal WhatsApp masuk bersepah-sepah. 

Kemudian malam itu isteri aku cakap dia mengidam nak makan di Tapak, tempat foodtruck yang banyak-banyak tu. Masa itu aku berada di Shah Alam, aku dengan mood yang tengah down ini pun ikutkan jugalah. Asalkan bini aku seronok dan tak tarik muka. 

Dalam perjalanan nak ke sana, magik berlaku lagi. WhatsApp customer yang krik-krik siang tadi terus WhatsApp minta detail nak buat pembayaran. Aku masih tak perasan lagi pada waktu ini. Aku buat seperti biasa. Tetapi memang betul dalam satu malam itu memang semua nak buat payment. Memang minggu itu dua kali aku restock. 


Sampai satu hari, baru aku terbaca di wall, ada orang post, 

"Isteri pembawa rezeki suami"

Selepas aku baca, barulah aku hadam apa yang terjadi selama ini. 

"Abang hati tisu, rasa sebak plaq" hahaha! 

Kau tak percaya kau cubalah buat. Kau cuba tak bergaduh dengan bini kau, kau cuba iye kan saja apa yang bini kau nak asalkan apa yang dia nak itu kau rasa masih waras di fikiran kau. Hahaha! 

Okay, dah. Aku nak keluar. Dan dan bini lapar nak makan nasi goreng ayam. Okbai. 

Sumber: Jimmy Johari


from The Reporter http://ift.tt/2mItlUt
via IFTTT