'F*t*n punya longgar trukk aa' - Ibu terkejut group WhatsApp sekolah anaknya sembang perkara lucah


Alangkah terkejutnya seorang ibu apabila mendapati group WhatsApp yang disertai anak berusia 12 tahun, banyak berbual tentang perkara-perkara lucah tanpa segan silu. Sedangkan di usia 12 tahun, mereka sepatutnya fokus pada pelajaran, namun perkara yang sebaliknya berlaku. 

Lebih parah lagi apabila group WhatsApp yang juga disertai oleh pelajar perempuan turut mengedik melayan mesej-mesej lucah dari rakan lelaki. Allahu. 

BAGI handphone pada anak-anak tetapi tak pantau kegiatan anak. Hari ini bertapa malunya saya sebab terjadi di depan mata. 

Group WhatsApp rakan sekolah bagi saya biasa, tetapi luar biasa jika dalam group tersebut berbual semata-mata tentang seks. Dan saya minta anak saya left dari group tersebut. 

Tahukah anda, dalam group WhatsApp ini mengandungi pelbagai ayat lucah digunakan sehingga mereka membanding-bezakan kemaluan masing-masing sebesar mana. Allahu. Dan lebih parah lagi ada yang mengajak rakan sebaya menonton video porno. 




Mereka terdiri dari pelajar UPSR 2017. Masih mentah tetapi dalam group kalah orang dewasa. 

Malam Jumaat lah, sedap lah, semua berbaur lucah dalam group itu. Mujur hari ini saya tergerak hati nak baca perbualan anak-anak dalam group ini. MasyaAllah, siap bagi url video porno lagi. Yang perempuan sibuk mengedik nak mengawan. 

Tolong ibu bapa, pantau telefon anak anda. Jangan bangga sangat sebab mampu berikan handphone kepada anak tetapi hakikatnya anda sedang merosakkan mereka. 

Sungguh memalukan, dalam group lelaki dan perempuan berbicara dan menulis tentang seks tanpa segan silu. Ini baru darjah enam, naik tingkatan satu nanti macam mana? 

Ibu bapa pantau handphone anak anda sekarang. 



from The Reporter http://ift.tt/2AgnRpb
via IFTTT