Hati-hati dengan dua lelaki ini cuba mencuri motosikal saya - Mangsa


Viral di media sosial gambar dua lelaki didakwa cuba mencuri sebuah motosikal Suzuki Belang kononnya pemilik motosikal gagal membuat bayaran ansuran bulan, lalu mahu menarik kenderaan itu. 

Dalam kejadian jam 1.30 petang, 15 November di Hospital Klang, pemiliknya, Mohd Hairi Joned, 39, bagaimanapun enggan menyerahkan motosikalnya dan meminta bukit surat daripada pihak bank. 

Malangnya, dua lelaki berkenaan gagal menunjukkan surat yang dipinta. 

"Berlaku pertengkaran mulut di antara kami sehingga memaksa seorang anggota polis datang untuk memeriksa motosikal, nombor enjin bagai. 

"Untuk makluman, motosikal saya tidak mempunyai bayaran ansuran tertunggak.  Selepas dua lelaki itu 'kantoi', mereka cuba berikan alasan lain pula, kononnya mereka tersilap kerana nombor motosikal sama," katanya. 

Bimbang dengan keselamatan diri dan kenderaannya, Mohd Hairi membuat laporan polis di Balai Polis Putrajaya hari ini untuk tindakan lanjut. 



Justeru orang ramai khususnya penunggang motosikal dinasihatkan berhati-hati dan tidak mudah percaya pada individu-individu yang mendakwa kononnya mereka diberi kuasa oleh pihak bank untuk menarik kenderaan anda. 


from The Reporter http://ift.tt/2AaAnad
via IFTTT