Konstabel polis jual pelacur di WhatsApp, ditahan


Seorang anggota polis dan enam individu yang dipercayai 'bapa ayam' dalam sindiket pelacuran menggunakan aplikasi WhatsApp ditahan dalam serbuah di sebuah hotel dan kondominium di Klang dan Setia Alam, malam semalam, lapor Harian Metro

Anggota polis berusia 26 tahun itu bertugas di cawangan pengangkutan Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Serdang itu ditahan ketika cuba bersembunyi  di kondominium berkenaan. 

Ketika serbuan dilakukan, polis juga menemui pakaian seragam anggota berkenaan serta peralatan menghisap syabu. 

"Seorang wanita Indonesia yang juga pelacur dan mengaku teman wanita anggota polis itu turut ditahan di kondominium sama," katanya. 

Difahamkan, sindiket itu mengiklankan pelacur sebagai gardis dari negara ini bagi menarik minat pelanggan. 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mazelan Paijan mengesahkan kes itu dan berkata, operasi polis bermula jam 6.15 petang kelmarin berjaya menahan tiga wanita warga Indonesia dan dua lelaki warga tempatan ditahan di sebuah hotel, manakala dua lagi individu masing-masing lelaki warga tempatan dan wanita warga Indonesia ditahan di sebuah kondominium di Setia Alam. 

Serbuan yang dilakukan bersama pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) turut menyerbu tiga bilik di hotel berkenaan. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 372 Kanun Keseksaan, manakala JAIS menjalankan siasatan mengikut Seksyen 29 Enakmen Jenayah Syariah 1995 untuk kes tangkapan kedua itu. 

Warga tempatan yang ditahan itu direman selama empat hari mulai hari ini, manakala warga asing 14 hari bagi membantu siasatan. 


from The Reporter http://ift.tt/2A35Ece
via IFTTT