Seorang kakitangan Air Asia dilaporkan maut dalam kemalangan yang berlaku pada pagi tadi berdekatan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang, Selangor.
Mangsa yang berasal dari Ipoh, Perak itu, hanya dikenali sebagai 'NNV', memandu kereta jenis Proton Saga, dilaporkan melanggar besi penghadang jalan yang tembus ke dalam keretanya, dan mangsa maut di tempat kejadian.
Mayat mangsa dikeluarkan oleh anggota Bomba dan Penyelamat yang dikerahkan ke lokasi kejadian, sebelum diserahkan kepada polis.
Tidak diketahui punca kemalangan itu dan difahamkan polis sedang menjalankan siasatan.
Orang ramai dinasihatkan berhati-hati ketika memandu, terutamanya ketika waktu hujan dengan keadaan jalan yang basah dan licin. Selain itu, jangan gunakan telefon bimbit ketika memandu kerana tindakan itu bukan saja berbahaya kepada diri, malah berbahaya kepada pengguna jalan raya yang lain.
from The Reporter http://ift.tt/2hVNwc9
via IFTTT