"Mujur Allah SWT gerakkan hati periksa dulu daging itu," demikian luah sorang wanita yang terkejut apabila mendapati daging yang dibeli oleh suaminya di sebuah pasar di Selayang, rupa-rupanya daging babi.
Mazliana Abdul Manap, yang berhasrat nak memasak menu asam pedas daging pagi tadi terbantut setelah berasa was-was dengan warna daging yang direndamnya, seperti warna daging babi.
"Nak defrost daging konon nak buat asam pedas daging untuk menu hari ini. Tapi tengok warna daging itu lain. Timbul syak yang itu adalah daging khinzir.
"Hati sudah mula berasa was-was. Buat semakan di laman Google, Yes! Memang warna daging khinzir seperti itu," tulisnya di Facebook hari ini.
Menurut Mazliana, daging sejuk beku itu dibeli oleh suaminya, Kamarul, di sebuah pasar di Selayang. Sebelum ini juga, mereka pernah membeli daging di tempat yang sama dan tidak pernah berdepan dengan masalah itu.
"Warna daging itu cerah dari daging lembu. Yang ini beli daging beku yang dalam packaging itu. Tetapi di kedai, dia dah potong-potong. Urat-urat daging pun lain.
"Yang jual di pasar itu kan ramai Myanmar. Tauke dia tak tahu bangsa apa," tulisnya membalas beberapa persoalan dari rakan-rakannya.
Bagi mendapatkan kepastian, Mazliana juga bertanya kepada jirannya berbangsa Cina yang kemudian mengesahkan bahawa daging itu adalah daging babi.
Rakan-rakannya juga turut menasihatkan agar Mazliana membuat laporan berhubung perkara itu bagi mengelakkan pengguna lain yang terkena.
Justeru, Mazliana berasa serik untuk membeli daging di pasar berkenaan dan menasihatkan orang ramai berhati-hati bila membeli daging beku.
from The Reporter http://ift.tt/2zk1HCR
via IFTTT