Suami curang, isteri nekad roboh rumah

Isteri mana yang tidak berang apabila mengetahui suaminya curang. Lebih-lebih lagi suami berlaku curang ketika si isteri sibuk bekerja di luar negara untuk mencari rezeki bagi menanggung keluarga. Namun si suami pula seronok bermain dengan wanita lain. 

Sabtu lalu, Yuni Rusmini memuat naik gambar dan kisah seorang wanita warga Indonesia bekerja di Taiwan, nekad meroboh rumahnya di Malang, Jawa Timur, setelah mengetahui suaminya curang. 


Mimin Aremanita Formosa, nekad merobohkan rumahnya kerana berang dengan suaminya yang tinggal bersama kekasihnya di rumah, sedangkan rumah itu dibina di atas usaha Mimin yang bekerja di negara orang. 

Pada awalnya Mimin kesal dengan perbuatan suaminya dan mahu menjual rumah itu. Namun tindakannya itu tidak dapat diteruskan kerana rumah itu dibina di atas tanah ibu bapa kepada suaminya. Pihak mertua juga menuntut bahawa rumah itu merupakan hak anak lelaki mereka. 

Namun, si isteri lebih bijak dan mengambil keputusan untuk merobohkan rumah itu biarpun terpaksa kerana Mimin tidak mahu suaminya bersama kekasihnya tinggal di rumah itu di kemudian hari. 



Bagaimanapun, Mimin melalui akaun Facebooknya menjelaskan bahawa rumah itu dirobohkan tiada kaitan dengan suaminya, meskipun mengakui lelaki itu telah curang dengannya. 

Pada awalnya Mimin mahu memberikan rumah itu kepada anaknya, malangnya pihak lelaki tidak sanggup. Lalu Mimin meminta ganti rugi sebanya Rp 75 juta (RM22,700). Tetapi keluarga suaminya hanya mampu membayar Rp 35 juta (RM10,600) sahaja. 

Jelas Mimin, memang benar rumah itu dibina dengan hasil titik peluhnya selama ini dan dibina di atas tanah mertuanya. Namun Mimin terpaksa mengambil keputusan untuk merobohkannya agar kedua-dua pihak tidak memperoleh rumah tersebut. 


Sementara itu di media sosial, netizen tidak bersetuju dengan tindakan Mimin yang disifatkan tidak memikirkan kepentingan anak mereka. 

"Suami isteri bertelagah, anak menjadi mangsa. Tak ada fikir ke anak mereka yang tinggal di rumah itu. Sanggup hancurkan rumah sendiri kerana ego," kata netizen. 

Netizen di Malaysia pula lain nadanya, ramai yang bersetuju dengan tindakan Mimin yang dikatakan berlaku adil. 

"Tahniah Mimin. AKu baca sangat puas hati betul dengan apa yang kau buat. Suruh jual tak nak, nak bagi anak sendiri tak nak, suruh bayar tak mampu. Sekarang ambillah tanah tu, habis cerita. Puas hati," kata Afito Ramle. 


from The Reporter http://ift.tt/2jwn4X9
via IFTTT