Sebelum kejadian, ketiga-tiga mangsa keluar bersenam di kawasan perumahan mereka sebelum dihampiri sebuah kereta Proton Wira. Dua suspek keluar dari kereta, manakala pemandunya menunggu di dalam kereta.
Merasakan ada perkara buruk yang akan berlaku, kesemua mangsa segera melarikan diri. Namun oleh kerana badan sudah dimamah usia, mereka tersadung dan terjatuh di atas jalan raya, menyebabkan kecederaan pada lutut.
Salah seorang mangsa cuba berdiri semula namun ditolak oleh suspek. Mangsa terpaksa bergelut dengan suspek yang cuba meragut rantainya. Berang dengan tindakan mangsa yang cuba melawan, salah seorang suspek mukul mangsa dengan sebatang kayu.
Mangsa akhirnya mengalah dan terpaksa membiarkan rantainya diragut suspek yang kemudian melarikan diri dari tempat kejadian.
Menurut mangsa, dia pada awalnya menyangka dua suspek itu mahu menculiknya, menyebabkan dia sedaya upaya bergelut dengan suspek agar tidak ditarik masuk ke dalam kereta.
Mangsa cedera di tapak tangan, tangan, lutut dan mata kanan. Selain itu mangsa tidak dapat mengangkat tangan kanannya dan lebih teruk lagi dia tidak dapat menaiki tangga.
from The Reporter http://ift.tt/2ifUc8W
via IFTTT