'Akhirnya disebabkan Aza, aku diceraikan' - Bertahun bersabar dipukul dan melayan perangai playboy suami, akhirnya dia tak sanggup lagi teruskan


Bertahun-tahun bersabar, segala pukul, sepak, terajang, tampar, penendang dan sebagainya sudah lali buat wanita ini yang masih mahu mempertahankan rumahtangganya. Biarpun suaminya yang panas baran itu berulang kali kantoi curang, si isteri masih tetap cuba untuk setia.

Pernah bercerai, namun mereka merujuk semula selepas si isteri cair dengan pujukan si suami yang merupakan cinta pertamanya. Namun, si suami bagaikan tidak serik dan menggulangi lagi perangai lama sehinga satu saat si isteri sudah hilang sabar dan akhirnya mengambil keputusan untuk mengakhiri perhubungan mereka.

SILAP aku bila aku cintakan orang, memang aku akan cuba sabar dan setia. Tetapi malangnya aku tetap tak dihargai selepas apa yang aku korbankan selama menjadi seorang isteri. 
Surat ini aku tinggalkan untuk dia masa tahun 2014. Kitorang cerai, dia dalam lokap kerana kes pukul aku. Dia lafaz cerai di sebalik cermin kaca itu. Aku balik kampung dan tinggalkan surat ini di atas katil. Tetapi seminggu selepas kami bercerai, dia datang memujuk aku semula dan mahu rujuk semula. Cinta pertama, gila kau tak sayang? 

Kami rujuk semula. Korang bacalah surat ini pun, masa ini memang aku masih sayangkan dia lagi. Masa ini, kes dengan perempuan bernama Kiki. 

Selama aku menjadi isteri, semua aku buat yang terbaik. Aku cuba untuk menjadi yang terbaik. Aku masak, tunggu dia balik dari kerja dan makan bersama-sama. Awal pagi sebelum pergi kerja, tak pernah miss aku buatkan air. Balik kerja, aku buatkan air untuk dia. Aku picit kepala dia, sebelum tidur memang wajib kena urut dia. Walaupun kena pukul separuh mati sekalipun tak pernah aku tinggalkan tanggungjawab aku sebagai isteri. 

Dua tahun aku mendiamkan segalanya dari semua. Aku nak menjadi isteri solehah, tak nak ceritakan aib suami pada orang lain. Tetapi dua tahun bersabar, aku tetap tidak dihargai olehnya. Dia baling tukul, lima jahitan yang aku dapat atas kening. Dia sepak terajang aku, dia tampar dan pukul aku. Dia letak pisau di leher aku, dipijaknya muka aku. Dia tendang muka aku sampai aku tak boleh nak berdiri. 

Ya, itulah dia! Apa yang aku tak rasa lagi selama menjadi isteri dia? Apa salah aku? Apa? 

Tahun 2015, dia taklikkan aku kalau reply mesej perempuan yang bernama Ain itu, akan jatuh talak dua. Memang aku balaslah mesej Ain itu. Tengah bergaduh dengan dia kot, memang tak boleh terima akal. Ain tahu itu suami aku. Aku selalu juga cerita pada Ain tentang suami aku kononnya kami jadi kawan tetapi sebenarnya 'kawan' itu seronok melayan suami aku di belakang aku. 

Aku lari dan tinggalkan rumah itu. Aku tinggal dengan kawan baik aku Bubu di rumah taok dia. Aku tak balik kampung, aku nak kerja. Then aku ikut Bubu pindah ke Melaka. Sebulan aku stay di Melaka, selepas itu kawan aku Anje, call nak bagi kerja. 

Jadi dari Melaka aku pindah ke Seremban semula. Memang kami nickname seperti ini sejak kolej. Aku diorang panggil Baby. 

Aku kerja sebagai tukang masak di chalet bos Anje. Lima bulan aku hidup sendiri. Naik turun mahkamah pasal kes taklik. Sudahnya Disember 2015, Mahkamah cakap taklik tak sah. Wei, aku dah hidup sendiri hampir setengah tahun, apa hal taklik tak sah? Masa itu bekas suami memang nak aku balik. Dia tak nak cerai. Aku dah beria-ria nak cerai. Dia pujuk aku balik. Cair lagi! Yelah, suami sendiri kot? Cinta pertama dari umur 21 tahun dah kenal. Aku kahwin umur 24 tahun. 

Sebulan pertama okey lagi. Kantoi dengan betina lain bernama Aza, awek dia masa kitorang tengah naik turun mahkamah. Pelik kan? Dah ada awek, apa hal kau tak nak cerai dengan aku? Then aku macam malas dah nak layan. Gasak kaulah. Aza pun tahu aku ini masih isteri dia. Entah, tak fahamlah aku dengan betina sekarang. 

Bulan Februari, dia mula pukul aku balik. Tak ada sebab pun kena pukul sampai teruk aku kena pukul. Aku tak nak tidur atas katil. Yelah, fahamlah, aku merajuk kot. Dia ambil pisau, habis dia potong tilam. Tidurlah aku kat atas katil itu semula sebab tak nak kena lebih teruk. 

Dipendekkan cerita, tiga bulan saja aku bersama dia. Aku dah tak tahan sebab aku dah banyak kali beri peluang. Dia kata dia nak pergi trip dengan officemate dia, rupanya kantoi dia pergi jumpa betina Aza di Kuantan. Bodohnya aku! Percaya lagi pada dia. Aku marah Aza, aku maki hamun Aza dalam telefon tetapi betina gila suami orang ini lagi kurang ajar mulut dia. Kemudian aku bergaduh dengan suami aku. Aku pula yang kena pukul.

Kami bergaduh besar, aku dah tak boleh nak bersabar lagi. Aku suruh dia call abah suruh ambil aku. Tahap kesabaran aku dah habis. Aku nak tikam dia, dia berlari panggil jiran sebelah rumah. Aku pecahkan cermin kereta dia. Kami bergaduh dalam kereta dan kemalangan. Sampai sekarang kaki aku masih sakit. 

Kesabaran aku memang dah habis, memang dah cakap limit. Macam orang gila aku mengamuk. Tiga tahun aku asyik bersabar kot? Asyik maafkan dia. Then tengah bergaduh, aku suruh dia ceraikan aku. Maka dengan ayat 'Okey! Aku ceraikan kau dengan talak dua!" 

Tergamam jap. Akhirnya disebabkan Aza, aku diceraikan. Abah sampai, abah bawa aku balik ke Kelantan awal bulan April. 


Tiga bulan selepas itu, aku bangkit dari kegagalan ini. Sekarang Alhamdulillah aku dah okey. Ini surat tahun 2014. Masa ini aku masih sayang dia lagi. Sekarang aku dah okey. Terima kasih kerana sudi baca cerita aku yang tak seberapa ini. Sekarang tiba masa untuk aku bangkit semula. Buktikan yang aku mampu menghadapi ini semua. 



from The Reporter http://ift.tt/2BWAFyV
via IFTTT