Susulan viral luahan kesal seorang lelaki yang kesal rakannya yang menjalankan misi menjelajah satu Semenanjung bagi menunaikan nazarnya, Zairi Zainal, tampil meminta netizen berhenti mengecam stesen radio swasta berkenaan.
"Assalamualaikum semua. Saya dengan rendah diri ingin mengajak sahabat-sahabat untuk berhenti kecam radio Hot FM. Please, nanti saya akan buat penjelasan. Lagipun DJ di situ adalah kawan-kawan saya juga.
"Saya secara peribadi maafkan mereka. Syuk, Fizie dan Kamal ada menghulurkan sumbangan peribadai pada saya di samping ada juga bertanya tentang keadaan saya sebelum panggilan hangit on air dan mereka suruh rahsiakan.
"So, jangan kecam mereka. Itu sumber rezeki mereka kerja di Hot FM dengan menghiburkan kita. Lagipun secara jujurnya saya tak salahkan Hot FM atas apa yang berlaku. Bagi saya, mereka cuma nak tanggungjawab sosial melalui hiburan. Tetapi mungkin cara itu tak kena.
"Ada pro dan kontra bila panggilan hangit saya on air di Hot FM. Saya pun tak salahkan netizen dan kawan-kawan saya yang meluahkan pendapat dan perasaan setelah mendengar panggilan hangit itu sebab kita semua ada hak untuk bersuara dalam negara ini.
"Saya bukanlah manusia yang baik, cuma saya berharap tuan dan puan janganlah menggunakan bahasa yang kurang sopan. Kita semua manusia, masing-masing tidak pernah terlepas dari melakukan kesilapan," katanya.
Jelas Zairi, jika Hot FM tidak menyiarkan panggilan hangit itu, mungkin tidak ramai yang tahu apa yang sedang dilakukannya kini. Zairi menganggap apa yang berlaku sebagai asbab membuka mata semua.
"Alhamdulillah, beratus panggilan saya terima dari semalam sehingga ke hari ini untuk sponsor makan, penginapan dan macam-macam lagi dari seluruh negara. (Saya yang kacak dan tampan serta gagah ini menangis terharu juga semalam, hahaha). Saya ucapkan terima kasih kepada mereka yang mengambil berat tentang saya. Hanya Allah saja yang dapat membalas kebaikan anda semua.
"Yang mana ada buat sumbangan itu, insyaallah saya akan galas amanah tuan/puan dengan sebaik mungkin. Doakan perjalanan saya selamat. Buat masa ini saya masih lagi tengah recover melecet di tempat sensitif dan sahabat yang cover saya iaitu Pett Mimalanders juga kurang sihat hari ini," katanya.
Difahamkan, Zairi akan hadir ke konti Hot FM esok untuk ditemubual.
BERITA BERKAITAN:
BERITA BERKAITAN:
from The Reporter http://ift.tt/2oI19ll
via IFTTT