Gigit telinga, hempas dan tumbuk bayi 10 bulan kerana tak tahan mendengar tangisannya


Seorang bayi perempuan cedera parah dipercayai didera oleh wanita dan teman lelakinya dalam kejadian Khamis lalu, lapor Harian Metro.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff berkata, teman lelaki berusia 25 tahun itu memaklumkan mangsa yang berusia 10 bulan itu muntah dan terdapat kesan darah pada lampin bayi dipercayai didera, jam 2.45 pagi pada hari kejadian. 

"Siasatan mendapati, wanita berusia 20-an itu menghantar anaknya ke rumah pengasuh di Persiaran Pangsa Baiduri Taman Desa Baiduri Cheras, Kajang dan mengambil anaknya semula pada jam 2.30 petang.

"Ketika teman lelaki berada di tempat kerja, dia menerima panggilan telefon dari wanitai tu yang memaklumkan mangsa tiba-tiba muntah dan terdapat kesan darah di lampinnya sebelum mangsa dibawa ke klinik berhampiran untuk rawatan lanjut, sebelum dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL). 

"Ketika menerima rawatan di HKL, doktor yang merawat mangsa memberitahu terdapat kesan lebam di belakang badan dan perut disyaki didera. Bagaimanapun, teman lelaki tidak mengesyaki mangsa didera oleh pengasuh kerana sebelum ini anak sulung wanita berkenaan juga dijaga oleh individu sama dalam keadaan baik," katanya. 

Doktor turut mengesan berlaku pendarahan pada bahagian kemaluan bayi, namun dipercayai bukan akibat dirogol. 

Siasatan juga mendapati, mangsa adalah anak bongsu wanita itu daripada empat beradik yang berlainan bapa. 

"Wanita itu dan teman lelakinya tinggal bersama dan belum berkahwin. Mangsa dijaga mereka sejak sebulan lalu kerana sebelum ini dia dijaga oleh sepupu teman lelaki sejak berusia lima bulan. 

"Mangsa dan dua lagik adik-beradiknya berusia tiga dan lima tahun ditahan di HKL untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut," katanya. 

Semakan juga mendapati kedua-dua suspek mempunyai rekod jenayah lampau termasuk pengambilan dadah dan kedua-duanya direman beberapa hari untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001. 

TEMAN LELAKI AKHIRNYA MENGAKU

Setelah disoal siasat, teman lelaki ibu mangsa mengaku telah menggigit telinga, menghempas dan menumbuk mangsa sehingga buah pinggangnya rosak. 

Suspek mengaku berbuat demikian kerana tidak tahan dengan suara tangisan mangsa. 

Siasatan juga mendapati suspek berbohong pada kenyataan awalnya yang memaklumkan mangsa dan dua lagi anak teman wanitanya itu dijaga oleh pengasuh. 

Pemeriksaan doktor terhadap mangsa mendapati buah pinggang mangsa tidak dapat berfungsi akibat kecederaan yang dialami. Sementara itu, pemeriksaan terhadap dua adik beradik mangsa juga mendapati terdapat kesan dera lama di tubuh badan mereka. 

"Siasatan lanjut masih dijalankan termasuk mengambil keterangan ibu mangsa sama ada dia turut terbabit dalam kejadiaan itu," katanya. 


from The Reporter http://ift.tt/2kY3kgh
via IFTTT