'Ibu mengandung kena elak makan telur separuh masak' - Doktor beri peringatan, besar kemungkinan bakteria Salmonella masih hidup di dalam telur
Menurut pegawai perubatan ini, ibu-ibu mengandung tidak digalakkan makan telur separuh masak kerana ia berkemungkinan besar masih bakteria Salmonella masih hidup di dalamnya. Sistem keimunan ibu-ibu mengandung adalah lemah berbanding orang normal dan jika terkena penyakit Salmonella Enteritis, risiko keguguran adalah tinggi.
Jadi kepada ibu-ibu mengandung dan juga para suami, sila baca dan hadamkan betul-betul nasihat dari Doktor Taufiq Razif ini, bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku. Semoga bermanfaat.
SAYA terlupa yang isteri saya mengandung. Boleh pula saya bagi isteri saya makan nasi goreng, extra telur mata goyang ini. Mujur bidadari saya ini doktor dan dia tahu yang orang mengandung kena elakkan telur separuh masak begini.
Tepuk dahi!
Saya terlupa yang di dalam telur separuh masak begini ada kemungkinan besar bakteria Salmonella masih hidup. Untuk orang normal seperti kita ini mungkin selamat nak makan. Tetapi untuk orang mengandung, memang bahaya.
Orang mengandung ini, sistem keimunan tubuh badannya tidak sama seperti kita. Sistem keimunan mereka sangat lemah. Kalau terkena penyakit Salmonella Enteritis pun, 80% orang mengandung boleh keguguran.
Sumber: Dr Taufiq Razif
p/s: Nanti sekali sekala saya selitkan juga ilmu kekeluargaan dalam Telegram Perenting saya ye. Muat naik aplikasi Telegram di Google Play atau App Store dan kemudian klik sini, t.me/NotaTaufiqRazif
from The Reporter http://ift.tt/2lipKZ4
via IFTTT