Kereta terbabas, pemandu tercampak dan putus kepala


Seorang wanita berusia 22 tahun maut akibat putus kepala selepas kereta Perodua Myvi yang dipandunya terbabas lalu merempuh pembahagi jalan, lapor Harian Metro. 

Dalam kejadian jam 9 pagi di Kilometer 46.4 Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE), arah selatan berhampiran Nilai, mangsa turut tercampak keluar dari kenderaannya dan terlanggar bersi penunjuk arah jalan. 

Timbalan Ketua Polis Daerah Nilai, Deputi Superintendan Azrul Hisham Mohd Shaffie berkata, kejadian itu berlaku ketika mangsa sedang memandu kereta dari arah Sepang menuju ke Nilai.

"Kenderaannya dipandu di lorong paling kanan terbabas sebelum merempuh pembahagi jalan di tengah jalan. Akibat rempuhan itu, mangsa tercampak keluar dari kenderaan dan terlanggar besi penunjuk arah jalan yang mengakibatkan kepalanya terputus dari badan," katanya. 





Mangsa maut serta-merta di lokasi kejadian dan sepasukan anggota polis bergegas ke lokasi sebaik saja menerima panggilan awam. 

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ), Seremban untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


from The Reporter http://ift.tt/2Bm7e94
via IFTTT