'Macam ular sawa belit' - Ini respon padu Ella kepada Hatta Dolmat


Pereka fesyen, Hatta Dolmat, sebelum ini memuat naik kenyataan di Instagramnya yang mengkritik penampilan Ratu Rock Malaysia, Ella, secara terbuka menimbulkan pelbagai reaksi netizen. 

"Saya kasihan tengok Ella. Saya suka imej dulu Ella. Yang now ni tak faham la macam ular sawa belit Kak Ella pun ada. Jangan pelik-pelik sangat Kak Ell. Tak Rock langsung!" tulisnya. 


Bagaimanapun, berkata kepada Harian Metro hari ini, Ella yang kini sudah berumur 51 tahun, sedikit pun tidak terasa hati mahupun marah dengan kenyataan pereka fesyen berkenaan. Sebaliknya menyifatkan lelaki itu berani melontarkan pendapat secara terbuka. 

"Saya hanya memberi sokongan kepada pereka tempatan. Pada saya, teguran diberikan lebih kepada pandangan ikhlas. Saya tidak marah atau terasa hati pun. Saya sentiasa berfikiran positif. 

"Bagi saya, dia seorang yang berani dan caranya bagus. Cuma, mungkin selepas ini boleh menggunakan bahasa dan perkataan lebih baik. Pesanan ini bukan saja untuk pereka ini, tetapi sesiapa saja. 

"Lagi pula, tegurannya lebih kepada fesyen dan bukan keperibadian seseorang. 

"Perlu diingat, pereka fesyen lain juga cari rezeki. Jadi, boleh gunakan bahasa lebih ilmiah," katanya memetik laporan dari Harian Metro. 



Sementara itu, netizen memuji kenyataan balas Ella yang dianggap tidak melenting dan padu. 

"Beza artis yang dah banyak pengalaman menyanyi. Tidak melenting tak tentu pasal." - Ni Wanz

"Padu juga balasan Kak Ella. 'Bahasa ilmiah' dan 'orang lain juga mencari rezeki'," - Ambai Asie

"Mata pereka fesyen memang pelik. Bila pakai biasa, dikatakan buruk. Bila kita tengok depa punya fesyen show, kita pun tak pasti pakaian itu untuk orang ke untuk badut," - Muhammad Khairi Kamaruddin


from The Reporter http://ift.tt/2kS3wx3
via IFTTT